Posts

Showing posts from March, 2018

Tonsil Bengkak: 4 Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil

Image
Kesian kan bila anak menangis sebab bengkak tonsil. Nak makan pun tak da selera. Kita sebagai ibu cuba untuk tidak buat anak jadi makin stress dan ingin dia cepat sembuh Ada cara yang boleh kita ikuti untuk kecutkan tonsil yang bengkak Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Akibat Bakteria Dan Sistem Antibodi Lemah: Mengalami sakit tekak ketika demam sering terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak dan lazimnya, jika mengalami sakit tekak seperti ini, ia disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman. Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut. Tonsil berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita, sekaligus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan badan. Namun, kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu untuk menahan serangan virus dan bakteria akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak.

7 VITAMIN PENTING SEMASA HAMIL

Image
Pernah tak dengar orang kata makan untuk dua orang bahi wanita hamil?? Semasa hamil wanita memerlukan zat yang mencukupi untuk dia dan bayi di dalam kandungannya. Apa yang penting untuk mereka yang hamil ni: ASID FOLIK (Mesti Ambik) Biasanya doktor akan mengesyorkan  pengambilan asid folik sejak awal lagi..sebelum dan semasa kehamilan. Asid folik juag disebut folate adalah zat yang mesti diambil oleh para ibu hamil.  Vitamin B9 adalah cukup penting untuk bayi di dalam kandungan. Vitamin ini diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Pengambilan asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan sistem saraf pada tulang belakang ada bayi seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila saraf pada tulang belakang terdedah dan rosak. Asid folik diambil pada 12 minggu pertama kehamilan kerana pada waktu itu otak dan sistem saraf bayi berkembang dengan pesat. Asid folik terdapat juga dalam kekacang, sayuran hijau seperti bayam, roti dan bijirin. ZAT BESI An

CARA MEGURANGKAN MASALAH SAKIT SENDI YANG BELARUTAN

Image
Di seluruh dunia, berjuta-juta orang mengalami masalah tulang dan sendi. Lebih separuh penghidap penyakit sendi kronik adalah di kalangan warga tua. Jangan ingat orang tua saja mudah sakit sendi tau.. Ada juga orang muda kena sakit sendi. So kena tahu apa perlu buat dan elak. Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal Saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan. Disebabkan penyakit ini melibatkan pergerakan sendi, punca sakit sendi biasanya dialami oleh pesakit yang berisiko mengalami sakit tulang rawan iaitu : 👉Atlet sukan yang banyak menggunakan pergerakan sendi. 👉Individu yang mengalami obesiti. 👉Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak kecil. 👉Individu yang sudah berusia. 👉Individu yang sering mengangkat barang-barang berat. Keradangan sendi boleh juga disebabkan oleh: * Penyakit autoimun * Kecederaan - patah tulan

10 TANDA ANDA MENGALAMI MASALAH SAKIT GOUT SEHINGGA MEMBATASKAN PERGERAKAN

Image
Tahukah anda tentang penyakit Gout? Gout merupakan sejenis penyakit sendi atau athritis yang berpunca daripada asid urik atau asam urat yang berlebihan lalu terkumpul didalam sendi. Pada keadaan normal, asid urik ini di tapis oleh ginjal dan dikeluarkan melalui tubuh melalui air peluh. Namun sekiranya terdapat kumpulan asid urik yang berlebihan, maka ia akan membentuk kristal dan terperangkap di dalam sendi. . Gout pada kebiasaannya menyerang ibu jari kaki terlebih dahulu sebelum menyerang sendi-sendi lain seperti tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang. 10 TANDA ANDA MENGALAMI MASALAH GOUT Penyakit gout biasanya  menyerang pada bahagian ibu jari kaki  (75% berlaku di sini, pada peringkat serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan boleh berlaku secara  tiba-tiba  dan ia  kerap menyerang pada waktu malam. Sendi yang terkena akan terasa bisa sehingga bila ia tersentuh pada bahagian kain

MAKANAN PERLU DIELAKKAN SEMASA MENYUSU BAYI

Image
Makanan Kegemaran Ibu tapi bagi mudarat kepada bayi. Biasa la ibu lepas berpantang ni nak melepaskan gian 40hari berpantang dengan makanan dan minuman kegemaran mereka tanpa menghiraukan kesannya kepada bayi. Antara makanan yang perlu dielakkan ialah: 1. Kopi ====== Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesaiannya adalah mengurangkan minuman yang berkafein (atau elakkan terus kalau boleh), jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari. 2. Coklat ====== Ramai orang menggemari coklat. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuat bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Ji

PENCUCI MUKA UNTUK PSORIASIS

Image
Biasanya mereka yang menderita sakit psoriasis ni sangat menitikberstkan sabun atau pencuci muka yabg digunakan mereka. Ini kerana jika tidak dikawal boleh menyakitkan lagi kulit. Psoriasis merupakan penyakit kulit yang selalunya bermula dibahagian kepala. Sebahagian kulit kepala akan menjadi tebal dan menghasilkan keruping berwarna putih. Apabila keruping itu tercabut, ia akan mendedahkan kulit yang berwarna kemerah-merahan.  Penyakit ini juga boleh membawa kepada keradangan sendi. Ni kisah doktor dengan pesakit Psoriasis SAYA DAH LAMA TAK GUNA SKINCARE, SEBAB PSORIASIS AKAN KELUAR BALIK Hari tu saya pernah refer 1 kes psoriasis (masalah kulit yang kronik) kepada pakar kulit. Saya cakap la orang tu tahan sebab dia ok kejap, then tumbuh balik. Walaupun memang on regular steroid. First thing dermatologist cakap, Memang gitulah sifat psoriasis. Dia ok kejap, nanti balik lagi. Walaupun dah on ubat. Dalam hati aku dah doakan yang baik2 kat mak cik tu sebab dia mena