Posts

Showing posts from August, 2023

TESTIMONI - Slipped Disc Di Usia 18 Tahun

Image
TESTIMONI Slipped Disc Di Usia 18 Tahun Pada umur 18 tahun, saya buat medical checkup sebagai persediaan untuk masuk ke UiTM. Dari situ barulah saya tahu tulang belakang saya ni tak normal melalui x ray yang dibuat, kata doktor ada minor Slip Disk. Ah sudah. Saya diam je sebab nak tunjuk reaction apa pun tak tahu. Belum ada rasa sakit. Jadi buat tak tahu lah, hanya maklumkan pada mak. Usia pun berganjak ke 21 tahun, baru lah mula rasa lenguh yang luar biasa bila berjalan lama, berdiri lama dan duduk lama. Jadi batas kepada pergerakan saya. Saya mula cepat penat bila belajar duduk terlalu lama. Terlalu tak selesa. Lenguh dan cepat penat.  Pada usia masih muda tapi badan dah macam terlalu berumur Dari situ mak saya belikan Set Shaklee lengkap untuk top up nutrisi untuk saya yang diet pemakanan memang kelaut. Shaklee ni memang dah lama kami sekeluarga consume. Tapi saya sangat culas untuk ambik, sampaikan bekalan vitamins tu expired. Ni dah sakit, baru lah merasa dan insaf ya.

PEMAKANAN DIET UNTUK PESAKIT GOUT

Image
Sekiranya penyakit gout pada peringkat awal tidak dirawat, ia mungkin boleh menjadi kronik. Benjolan keras yang disebut “Tophi” akhirnya akan berkembang disendi anda dan bahagian kulit serta tisu lembut disekitarnya. Pembentukan ini seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan sendi secara kekal. Jadi, rawatan segera pada peringkat awal sangat diperlukan untuk mengelak dari gout bertukar menjadi kronik. Tanda-tanda awal sebenarnya membantu anda untuk segera menemui doktor sebelum keadaan bertambah serius. Apakah Penyebab Gout ? Penumpukan asid urik berlebihan didalam darah anda terjadi akibat pemecahan “purine” dan menyebabkan gout. Gout juga boleh disebabkan oleh keadaan tertentu, seperti masalah gangguan darah, metabolisma, dan dehidrasi akan menyebabkan asid urik yang banyak terbentuk didalam badan anda. Pesakit gout yang mempunyai masalah buah pinggang, tiroid, atau faktor genetik, boleh jadi penyebab badan anda sukar untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Golongan Berisiko Mend

JENIS- JENIS SAKIT SENDI

Image
JENIS-JENIS SAKIT SENDI Kebanyakan masalah adalah disebabkan osteoarthritis dan juga rheumatoid arthritis. 1. OSTEOARTHRITIS Terdapat kusyen di hujung tulang yang dinamakan sebagai tisu rawan (cartilage). Dalam pesakit osteoarthritis kusyen yang berfungsi sebagai pelapik untuk melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan menipis. Ia berlaku sehingga mana tulang boleh bergesel diantara satu sama lain. Perkara ini akan menyebabkan tisu dikawasan tersebut cedera dan menyebabkan kesakitan. Sakit sendi jenis ini selalunya berlaku ketika kita meningkat usia. Tetapi ia juga boleh disebabkan kecederaan ligament yang menyebabkan sendi tersebut tidak stabil. Jika anda berumur dan sakit sendi, selalunya anda mengalami sakit sendi jenis ini   2. RHEUMATOID ARTHRITIS Adalah penyakit dimana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Dalam kes ini, sel pertahanan badan akan menyerang tisu dikawasan sendi itu dan menyebabkan keradangan berlaku. Selalunya ia akan menyerang sendi pada jar

GELAJA DAN PUNCA GOUT DAN SAKIT SENDI

Image
Tulang dan Sendi:  Apa yang perlu anda ketahui Sakit tulang dan sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan berpunca daripada pelbagai sumber, bergantung kepada individu dan aktiviti yang dilakukannya. Sesetengah kumpulan umur lebih mudah terdedah kepada keadaan tertentu.  Golongan remaja lebih mudah cedera kerana mereka lebih aktif dan tulang yang masih lembut. Bagi golongan pertengahan umur dan warga tua, tulang degeneratif dan keadaan sendi adalah lebih biasa. Tulang hilang kekuatan, sama ada disebabkan haus atau melalui kehilangan nutrien yang menyokong kesihatan tulang.  Penyakit lain seperti gout, jangkitan kaki diabetes adalah penyebab biasa. Bagi warga tua, penglihatan yang lemah, kemerosotan kekuatan otot dan penyelarasannya juga merupakan punca yang biasa terjadinya kecerderaan. Arthritis adalah keradangan pada sendi yang terbahagi kepada dua kumpulan utama, Osteoarthritis dan keradangan Arthropathies, yang lebih dikenali sebagai gout,

3 Faktor Tulang Patah Lambat Bercantum

Image
Saya nak terangkan 3 SEBAB kenapa tulang patah Lambat BERSAMBUNG.. ada yang sampai 2-3 tahun Masih belum ada progress. Pertama nya HISAP ROKOK Saya akan Tanya customer adakah mereka tegar merokok. Kalau merokok Cuba henti rokok untuk bagi tulang Bercantum dengan cepat  Kedua, kurangkan makanan segera.. untuk bagi tulang cepat bersambung kita kena ambik pemakanan yang cukup nutrisi..kena jaga pemakanan.jangan makan jajan atau makanan yang kurang khasiat. Ketiga, elakkan pergerakan dintempat yang patah dengan kerap..memang doktor sarankan banyak bergerak supaya ada pengaliran darah. Tapi jangan gerakkan tempat patah dengan kerap. Tulang perlukan masa untuk Bercantum. klik link ni kalau berminat dengan set tulang Patah>>>> http://www.wasap.my/60136192597/naksettulangpatah Ada sorang customer ni umur 20-an. Eksiden tahun 2020. Mula cuba set patah tulang tahun 2022. Mula2 beli Vivix , ESP & Ostenutrix  sekarang  Alhamdulillah repeat order VIVIX &

SET ANXIETY DAN GERD SHAKLEE

Image
Penyakit ini GERD ini adalah  berpunca daripada Otot sfinkter di bahagian bawah esofagus mengalami masalah untuk kecut sepenuhnya . Perlu diketahui apabila makanan sampai dibahagian perut, otot sfinkter bahagian bawah akan mengecut untuk mengelakkan makanan di dalam perut masuk ke dalam esofagus semula. Oleh itu, apabila otot ini mempunyai masalah, ia akan menyebabkan  makanan di bahagian dalam perut boleh naik ke atas semula dan menyebabkan keradangan di bahagian esofagus . Asid di dalam perut tersebut akan menyebabkan keradangan dibahagian esofagus. Perkara ini akan menyebabkan simptom-simptom seperti sakit dada dan sesak nafas Beberapa simptom yang akan berlaku jika mereka mengalami GERD adalah: Pedih ataupun sakit dibahagian ulu hati Mempunyai masalah ataupun susah untuk menelan Perut rasa sebu walaupun belum makan Batuk yang lama terutamanya waktu malam ataupun waktu tidur Tekak asyik berasa masam. Sakit dada Perut Berangin Kerap Sendawa Sesak nafas Simptom

Tanda Sakit GERD Dan Tips untuk Mengelakkan GERD

Image
Apabila diserang rasa sakit di bahagian perut sehingga tidak dapat menegakkan badan, pedih ulu hati dan lenguh badan, kebanyakan individu menyangka gejala itu disebabkan angin. Apakah puncanya dan kenapa tidak berlaku kepada semua orang? Pengamal Perubatan Swasta, Dr Khairul Idzham Abdul Khalid, berkata semua gejala itu petanda individu diserang gastro oesophageal reflux disease (GERD). Katanya, GERD atau juga dikenali Asid Reflux Disease adalah kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan Asid ini akan menyebabkan sel antara saluran pemakanan dan perut lemah kerana asid berjaya menembusi masuk ke saluran pemakanan. Angin biasanya digunakan sebagai diagnosis pengecualian kerana pemahaman penyakit angin berbeza pada setiap individu. Ada yang mengatakan kembung atau sebu sebagai angin dan sakit badan atau sakit kepala juga sebagai angin Tanda Tanda Pedih Ulu Hati Gejala ini boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk: Rasa terbakar di dada di

TANDA- TANDA KAYAP DAN APAKAH CARA MENCEGAHNYA

Image
Bagaimana kayap ini boleh berlaku? Sebenarnya, kayap ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh pengaktifan semula virus yang telah lama bersembunyi  di dalam saraf. Virus ini mula bersarang di dalam saraf  selepas seseorang itu mengalami penyakit ‘chickenpox’.   Virus penyebab kayap dinamakan virus varicella zoster ; dan virus ini juga penyebab penyakit ‘chickenpox’.  Oleh itu, sesiapa yang pernah mengalami penyakit ‘chickenpox’ mempunyai risiko untuk  mendapat penyakit kayap terutamanya ketika daya tahan imun badan menurun.  Contohnya, kayap boleh timbul ketika seseorang sedang mengalami stress yang teruk (stres dari segi fizikal mahupun psikologi) , ibu- ibu mengandung, orang tua dan kanak-kanak, pesakit buah pinggang dan sebagainya.  Lebih rendah  tahap imun seseorang pesakit, lebih teruk/serius  penyakit kayap yang ia alami .  Penyakit kayap melibatkan dua organ berbeza iaitu kulit dan saraf. Gejala dan Tanda-tanda Penyakit Kayap Keradangan satu urat saraf (

Doa Amalan yang baik untuk Wanita

Image
Menjadi Wanita Tenang 1. Bangunlah seawal pagi. Kemas tempat tidur kita. Ini disiplin diri yang utama. Lepas tu segeralah mandi. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan. Amalkan berterusan mandi pagi ini.  2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah ruang ekslusif kita sengan Allah. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Moga Allah tunaikan hajat kita yang sangat banyak. Usah jemu meminta dia dalam tahajjud.  3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran. Mula-mula berat juga, lama-lama dah jadi kebiasaan bagi yang konsistent. Sehingga Al Quran mendasari hidup kita. Cahaya peneman hidup:  4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin inibterlalu banyak manfaatnya. Bukan hanya dibaca pada