Posts

Showing posts from October, 2019

Cara Merawat Penyakit Tibi Daripada Berulang

Image
Cara Merawat Penyakit Tibi Daripada Berulang Tibi: Kelewatan membawa maut Banyak kes penyakit Tibi yang kita dengar sejak akhir2 ini. Saya nak kongsikan apa itu penyakit tibi dan cara merawat penyakit tibi. Sebelum saya kongsikan cara merawat penyakit tibi anda juga perlu tahu tanda tanda penyakit tibi agar dapat di kesan awal dan dapat di rawat awal. Apakah itu penyakit Tibi Sebelum kita ketahui cara merawat penyakit tibi kita perlu ketahui apa itu Tibi. Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang merbahaya yang mana boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan cepat dan sempurna . Penyakit Tibi ini disebabkan oleh sejenis kuman Tibi iaitu Tubercle Bacilli yang mana biasanya menjangkiti paru paru, Namun begitu kuman Tibi ini boleh menyerang bahagian lain tubuh badan seperti tulang, kelenjar, selaput otak, buah pinggang dan kulit. Tanda Tanda Penyakit Tibi Batuk berterusan lebih dari 2 minggu Kahak yang mengandungi darah Demam dan berpeluh pada sebelah