Posts

Showing posts from October, 2017

CARA ALTERNATIF MENCEGAH WABAK KENCING TIKUS YANG BOLEH MENGUNDANG MAUT

Image
Mungkin sebelum ini, jangkitan kencing tikus jarang berlaku, tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Dan siapa kata tikus kecil tak bahaya. Hei! Kecil-kec il kena air kencing dia pun kita dah boleh kritikal.  Apa itu kencing tikus? Apa faktor? Tanda? Dan bagaimana langkah pencegaha n? Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi adalah selebriti tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.  Penyakit kencing tikus  atau nama sainsnya  Leptospirosis  ialah penyakit berjangkit  disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. S

CARA UNTUK MELAMBATKAN TULANG REPUT ATAU OSTEOPOROSIS BAGI GOLONGAN WANITA

Image
WANITA LEBIH BERISIKO 'TULANG REPUT' Tahu tak bahawa purata 1 daripada 2 wanita sangat berisiko menghidap penyakit yg dipanggil 'tulang reput' ataupun osteoporosis. Osteoporosis terjadi apabila kadar ketumpatan & sel tulang semakin menurun/berkurangan seiring dengan pertambahan usia. APAKAH PUNCA 'TULANG REPUT'? Ada beberapa sebab utama yg berlaku secara semulajadi dalam kehidupan seharian yg meningkatkan risiko osteoporosis ini iaitu: ⚠ Kalsium yg diserap untuk membantu fungsi jantung, otak & organ-organ lain. ⚠ Kalsium mengalir keluar bersama-sama dengan darah kotor sewaktu haid. ⚠ Kehamilan; di mana janin menyerap kalsium dari ibu untuk proses pembentukan tulang, gigi & organ lain. ⚠ Penyusuan; di mana bayi mendapat sumber kalsium dari susu ibu yg diserap dari tulang ibu. ⚠ Berkurangnya hormon estrogen pada wanita akibat menopaus serta hormon androgen pada lelaki akibat pertambahan usia. Osteoporosis juga lebih mudah berlak

8 TIPS KEMBALI LANGSING SELEPAS BERPANTANG

Image
Setiap ibu yang baru lepas melahirkan anak pasti ingin kembali langsing dan berat maintain seperti waktu awal perkahwinan dulu. Masing-masing ingin kekal langsing dan cantik untuk suami tercinta. Alangkah bahagianya apabila sudah bergelar ibu namun perasaan bimbang tetap ada untuk kembali langsing selepas bersalin gagal. Jadi,ayuh kita amalkan cara berikut untuk menjadikan impian itu satu kenyataan. 1. SANTAI Untuk mengembalikan bentuk badan yang langsingmemerlukan waktu. Meskipun nampak mudah namun selepas melalui proses bersalin, para ibu memerlukan waktu yang panjang untuk kembali langsing. Tubuh anda melalui fasa perubahan yang besar selama 9 bulan iaitu ketika hamil, jadi jangan terlalu memaksa badan untuk langsing dalam tempoh yang singkat. 2. MENYUSU Semua sedia maklum menyusu bayi dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan membakar kalori sehingga 500 kalori lebih setiap hari. 3. BERGERAK Pastikan anda mendapat khidmat nasihat dengan d

BAHAYA TEKANAN DARAH RENDAH SEPANJANG KEHAMILAN

Image
Sepanjang kehamilan, bakal ibu perlu memastikan diri sentiasa sihat demi bayi yang bakal dilahirkan. Yang paling penting ialah mengawal tekanan darah.Ini keranan keadaan kehamilan boleh membuatkan tekanan bakal ibu berubah-ubah menjadi berisiko malah boleh mendatangkan komplikasi. Biasanya tekanan darah normal adalah diantara 90/60 hingga 120/80. Bagaimanapun ia berubah ubah setiap trimester.  1) Trimester Pertama Tekanan darah berpotensi untuk naik  Puncanya apabila berlaku proses penyempurnaan pembuluh darah pada janin dan placenta sehingga membekukan peningkatan darah. Had kenaikan tidak boleh melebihi 120/80mmHg 2) Trimester Kedua Tekanan darah berpotensi untuk Turun Puncanya berlaku apabila penyempurnaan fubgsi organ tubuh pada janin sehingga memberi peluang kepada sel/jaringan untuk menyerap oksigen dan nutrisi lebih lama. Had penurunan tidak boleh kurang dari 90/60mmHg 3) Trimester Ketiga Tekanan darah berpotensi untuk naik Puncanya

CARA ATASI MASALAH GASTRIK : PERIT BERBELAS TAHUN DERITA GASTRIK AKHIR SEMBUH SEPENUHNYA

Image
Dekat Malaysia ramai sangat yg mengalami masalah gastrik dan ramai jugak penghidap gastrik kronik start dapat gastrik dari zaman blajar lagi.  Lepas tu mereka sgt bergantung dgn ubat bila serangan gastrik dtg. Ok, nak tau cara tangani gastrik tanpa ubat malah boleh mengurangkn kekerapan serangan gastrik,jum saya share kisah kakma dan suplemen yang dia ambik. Yang bestnya kulit muka pun bertambah cantik.wah seronok kan. Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang. . Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh n

HUKUM BERPUASA BAGI IBU HAMIL DAN TIPS CERGAS DAN BERTENAGA SEMASA BERPUASA WALAUPUN KETIKA SARAT HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Image
Wanita Hamil dan Menyusui Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata tentang wanita yang menyusui, hukumnya adalah seperti wanita hamil dalam segala urusannya seperti dalam penjelasan yang telah lalu. (Syarhul ‘Umdah, 1/252) Wanita hamil atau menyusui mendapat keringanan untuk tidak berpuasa, sebagaimana terdapat dalam riwayat Anas bin Malik Al-Ka’bi radiyallahu'anhu: Datang kepada kami kuda Rasulullah Shallallahu'alaihiwasalam lalu aku dapati beliau sedang makan siang, lalu beliau mengatakan, “Mendekatlah kemudian makanlah!” Saya katakan, “Sesungguhnya aku berpuasa.” Beliau berkata lagi: أُدْنُ أُحَدِّثُكَ عَنِ الصَّوْمِ –أَوْ الصِّيَامِ-، إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْحَامِلِ وَالمُرْضِعِ شَطْرَ الصَّوْمِ “Mendekatlah, aku beri tahu kamu tentang puasa, sesungguhnya Allah meletakkan dari seorang musafir setengah shalat serta meletakkan puasa dari wanita yang hamil dan menyusui….”  (HR. Abu Dawud no. 2408. Asy-Syaikh al-Al

BAHAYA KENCING KOTOR KEPADA IBU HAMIL DAN APAKAH PENYELESAIANNYA?

Image
Biasa kita dengar kalau tahan kencing akan jadi kencing kotor, tapi bila kencing kotor semasa hamil adalah itu normal? Semalam saya dapat seorang kastemer yang mengadu sakit pada ari-ari dan menggangu kerja harian dia. "Aku rasa tak selesa la. Asyik rasa nak terkencing je tapi sikit je air kencing yang keluar. Lepas tu rasa ngilu semacam," ngadu Shasha yang sedang hamil 16 minggu. Adakah anda sedang mengandung dan mengalami rasa begitu? Jika ya, baik segera berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Itu sebenarnya tanda anda kena kencing kotor. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN KENCING KOTOR? Kencing kotor bukan bermaksud air kencing yang kotor atau berkeladak, sebaliknya ia adalah jangkitan kuman di saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI). Jangkitan kuman melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh). Men