Posts

Showing posts from April, 2021

BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG

Image
 APRIL 2016 (MUSIM KEDUA) – TESTIMONI 8: ZETI HAFIZA ZAKARIA – [ BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG ]. Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit. Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat. Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari. Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3

Radang Appendiks Ketika Hamil. Supplement Shaklee Bantu Luka Cepat Sembuh, Bertenaga Selepas Pembedahan Appendiks

Image
 Radang apendiks (atau istilah perubatannya apendisitis) berlaku disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan itu mungkin terjadi berpunca daripada lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke apendiks. Apabila kita makan, makanan yang dikunyah akan dihadam dan dicerna organ penghadaman. Kemudian ia akan memasuki saluran pemakanan dari perut ke usus kecil dan akhirnya ke usus besar. Makanan ini akan bertukar menjadi bentuk serbuk dan usus besar menyerap air. Apabila menjadi bentuk ini, ia senang masuk dan sekali gus menyumbat satu ruangan kecil yang diberi nama apendiks Katanya, penyumbatan apendiks ini menyebabkan perjalanan dan bekalan darah seseorang ke anggota badan yang lain terganggu. Keadaan ini memudahkan jangkitan kuman dan menyebabkan apendiks membengkak serta menimbulkan kesakitan. ~ Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dan juga Pakar Perubatan Dalaman Dr Maisara Yus

CARA CEPAT SEMBUHKAN LUKA BERSALIN CAESERAN ATAU PEMBEDAHAN

Image
Bersalin secara pembedahan atau caeser Luka bersalin caesarean adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit. luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu. luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana