Posts

Showing posts from June, 2021

3 PENYEBAB KEBAS KAKI DAN TANGAN

Image
  Penyebab Kebas Kaki dan Tangan Bukan semua kebas kaki dan tangan berpunca daripada diabetes. Ada beberapa punca, antaranya adalah: 1. Masalah urat saraf Contohnya masalah urat saraf yang disebabkan oleh Kecederaan pada saraf akibat kemalangan. Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif. Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap. Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan). Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok. 2. Gangguan pada salur darah Tempoh hari pun saya ada dengar video dalam satu ceramah daripada seorang doktor. Beliau pun ada sebutkan satu punca kebas adalah salur darah semakin sempit. Bila salur darah sempit, oksigen tidak dapat mengalir dengan sempurna. Sebab itu biasanya orang tua akan sapu minyak panas. Sifat minyak panas boleh menyebabkan salur darah mengembang. Itu sebab akan rasa lega. Tapi sekejap sahaja. Nanti jadi bal