Biasa kita dengar golongan wanita ramai yang mempunyai masalah kebas kaki dan tangan..Lagi lagi bila dah melahirkan anak atau usia memasuki 30an. Nak menyusukan baby pun agak susah dan membataskan si ibu untuk membuat kerja kerja berat. Jum kita baca kisah kak Azalin mengenai masalah kebas tangan yang dihadapinya Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin. Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata. Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi. Rasa semut-semut tu tidak pernah mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor. Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak kedua Lin lebih kurang 4 bulan. Setiap kali bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak, jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok. Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat rasa macam ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk...