BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA) – TESTIMONI 8: ZETI HAFIZA ZAKARIA – [ BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG ]. Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit. Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat. Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari. Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habi...