BAHAYA KAYAP DAN CARA MENGATASINYA
Kayap juga dikenali sebagai Herpes Zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan jangkitan virus Varicella Zoster (VZV). GOLONGAN YANG BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT KAYAP Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid). 3. Jika seseorang yang pernah terkena cacar air berkemungkinan akan mendapat kayap kerana virus ini menghuni badan pesakit. Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut. GEJALA DAN TANDA Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf ( dermatome ) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada ( thoracic ) dan muka ( trigeminal ). Tanda terawal penyakit ini adal...