Kayap ketika hamil adakah ia membahayakan bayi?

SAYA HAMIL DAN SAYA MENGALAMI KAYAP. ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN BAYI SAYA? Ramai yang takut bila kena kayap ni lagi lagi kena kayap masa hamil Kayap disebabkan oleh virus herpes zoster iaitu virus yang juga menyebabkan cacar air ( chickenpox ). Ia berupa ruam-ruam kecil yang menyakitkan, biasanya terdapat pada lengan, kaki ataupun badan. Anda tidak mendapat kayap daripada orang lain. Ia sudahpun ada dalam badan anda ketika anda menghidap cacar air. Virus ini boleh tinggal di dalam badan manusia secara senyap selama beberapa tahun, tetapi boleh aktif semula dan keluar sebagai ruam kayap yang menyakitkan. Walaupun terdapat kaitan rapat di antara kayap dan cacar air, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kayap yang berlaku semasa hamil akan menyebabkan sebarang masalah pada bayi. Ini mungkin kerana anda telahpun lali terhadap virus tersebut, dan pelalian ini disalurkan kepada bayi dalam kandungan anda. Kayap tidak membahayakan, sebaliknya, cacar air ...