VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN



[BUKAN SEKADAR NAK KURUS, TAPI NAK SIHAT]

Selepas melahirkan cahaya mata ketiga (yang terakhir bagi saya), timbul kesedaran dalam diri untuk menghadapi usia tua yang lebih sihat dan bermanfaat. Sudah terlalu lama rasanya saya 'menanggung' berat badan yang berlebihan.

Sejak melahirkan anak pertama pada tahun 2009, berat badan saya tidak pernah kurang dari 65kg. Walaupun tidak pernah melebihi 70kg (selain dari waktu trimester akhir kehamilan), namun diri sendiri merasakan bahawa berat berlebihan inilah yang akan menjadi punca pelbagai masalah kesihatan kelak; terutamanya apabila sudah menginjak ke usia 40 tahun.

Lantas, pada bulan September 2018 saya mengambil keputusan untuk menyertai program eat clean secara berkumpulan di bawah bimbingan salah seorang sahabat SID saya iaitu Puan Laila Ismail. Program tersebut mengambil masa selama 2 bulan iaitu sepanjang Oktober dan Novemmber tahun tersebut.

Sepanjang program tersebut berjalan, kami para peserta dikehendaki mengemaskini menu hidangan yang diambil pada setial 6 kali waktu makan dalam sehari. Kami juga saling berkongsi supplemen yang kami amalkan (sekiranya ada). Kami diajarkan menu-menu dan cara memasak yang dikategorikan sebagai 'clean", dikehendaki memakan makanan dari sumber semulajadi sahaja (makanan berproses/segera termasuk sos, kicap dsb tidak dibenarkan), diajarkan nisbah/kuantiti makanan yang betul dalam setiap hidangan, mengira setiap kalori yang masuk ke dalam badan berdasarkan makanan yang diambil serta jenis senaman yang membantu untuk membakar lemak dan menurunkan berat/ukuran badan dengan lebih berkesan.

Secara asasnya, saya tidak mengamalkan mana-mana vitamin atau Set Kurus Shaklee yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Apa yang saya amalkan adalah vitamin asas yang bertujuan untuk memenuhi keperluan nutrisi badan setiap hari serta keperluan untuk penyusuan bayi saya yang belum berusia setahun pada waktu itu. Setiap hari saya amalkan;

Vitalea - sebagai multivitamin yang mengandungi vitamin asas.

Vitamin C - untuk memastikan sistem imun yang kuat dan tidak mudah jatuh sakit.

CoQ-Trol Plus - sebagai antioksida serta bekalan CoQ10 yang menguatkan jantung supaya tidak mudah letih apabila saya running atau berzumba (workout).

ESP - bekalan protein yang membantu menjadikan saya rasa kenyang lebih lama serta membantu penghasilan susu badan yang lebih pekat dan mengenyangkan untuk bayi saya. Tak lupa juga untuk pertumbuhan sel kulit baru yang lebih elok supaya sentiasa kelihatan glowing serta untuk memelihara kesihatan otot agar tidak mudah tercedera akibat workout.

Omega Guard - bekalan Omega-3 yang sangat membantu memelihara kesihatan jantung, mengurangkan visceral fat serta mengurangkan  sakit badan (inflammation) pada waktu malam.

Ostematrix - bekalan kalsium yang sangat penting untuk menguatkan tulang, mengurangkan sakit badan serta magnesium yang membantu saya tidur lena pada waktu malam walaupun selepas workout.


Jenis senaman (workout) yang saya biasa lakukan adalah zumba dan berlari (running) di atas treadmill. Kedua-duanya saya lakukan di rumah sahaja. Untuk zumba, saya buka video di Youtube dan pancarkan di kata televisyen, kemudian saya lakukannya bersama-sama dengan suami dan anak-anak.

Alhamdulillah, selepas 2 bulan menjalani program eat clean tersebut, daei berat badan asal 65.8kg,saya berjaya turun sebanyak hampir 6kg! Nampak sedikit, tapi hakikatnya bukan mudah! Sehingga ke hari ini, saya masih cuba mengamalkan teknik mengawal pengambilan kalori harian serta bersenam selama 30 minit sebanyak 3 kali seminggu. Alhamdulillah, sehingga Ogos 2019, saya masih mampu mempunyai berat badan 57kg. Walaupun angka itu masih belum mencapai 'ultimate target' saya iaitu 52kg, namun saya yakin; dengan amalan yang konsisten, saya pasti akan capai jua suatu hari nanti.

Tujuan saya bukanlah sekadar mahu turunkan berat badan atau menjadi kurus semata-mata. Tetapi sebenarnya lebih kepada mahu mencapai berat badan yang ideal di samping mempunyai tahap kesihatan yang terbaik di usia menginjak 40an. Saya bernekad untuk tidak mahu menjadi 'orang tua yang sakit' jika dipanjangkan usia. Saya mahu menjadi warga emas yang awet muda, cergas dan kekal aktif yang tidak dimamah usia.

Saya juga menyahut saranan Shaklee sendiri untuk "eat balance, exercise regularly and supplement wisely". Buat apa nak tua dan sakit, kalau boleh jadi awet muda dan sihat, kan? Jom jadi warga emas yang sihat dan aktif dengan Shaklee!



Untuk pertanyaan dan order boleh berhubung dengan saya di talian

013-6192597


Suhaida
Pakar Shaklee Anda

Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE