SAKIT BELAKANG BERTERUSAN TANDA AWAL SLIPPED DISC

Mengikut statistik, masalah sakit belakang amat kerap berlaku. Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka. Sakit belakang sebenarnya bukanlah satubyang luar biasa. Dari segi perubatan sakit belakang diertikan apabila seseorang berasa sakit atau tidak.selesa pada bahagian bawah dada dan sekitar bahagian pinggang. Boleh dikatakan hampir setiap individu mengalaminya tanpa mengenal faktor jantina atau usia. Penyakit ini merupakan yang kedua paling kerap menyerang manusia selepas selsema, hampir tiada seorang pn terkecuali mengalaminya. Perlu diketahui pada bahagian belakang tubuh manusia ,tulang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu toraks, lumbar,dan sacrum. Pada bahagian lumbar inilah terdapat lima tulang dan antara tulang-tulang ini terdapat 'kusyen' atau disc yang mempunyai fungsi antara tulang dan sendi. Setiap tulang belakang mempunyai 4 sendi dan dipertengahannya terdapat sar...