CARA MENGUATKAN RAHIM DAN ELAKKAN KEGUGURANGAN BERULANG LAGI

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata. Namun, tak semua yang terus hamil selepas berkahwin. 



Lagi yang menyedihkan bila dah hamil, tetapi keguguran. Mungkin tiada rezeki lagi tetapi bila cek dengan pakar, katanya rahim tidak cukup kuat untuk menerima baby yang bakal membesar.

Untuk wanita,saya sarankan agar ambik folic asid 3 bulan sebelum berkahwin dan 3 bulan selepas berkahwin.

Jum kita ikuti kisah Puan Noor Hasyimah dan suaminya.

[HAMIL ANAK PERTAMA SELEPAS DUA BULAN AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.


Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin.
.

Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.

Ini cerita kami.
.

Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu. 
.
KEGUGURAN PADA MINGGU KE 8 KEHAMILAN

Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. .

Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC). 


.
TIADA MASALAH DALAMAN DAN CUBA SUPLEMEN SHAKLEE

Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex.
.

Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain.
.

Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya. 
.
OVUM DAN SPERMA PERLU CUKUP NUTRISI UNTUK BERSENYAWA DAN BERFUNGSI DENGAN BAIK.

Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan.
.

Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex). 
.

Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi. 
.

Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal. 
.

Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal.
.

Kami bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami.E3. Namun kami tak pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah, Allah berikan yang terbaik untuk kita.
.
NASIHAT UNTUK MEREKA YANG MENANTI CAHAYA MATA.

Sahabat-sahabat semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini, nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti. Nikmatilah kegembiraan bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa anda.
.

Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah, rezeki itu milik anda.
.

Inilah #ShakleeEffect kami.

Suka saya berkongsi dengan semua tentang cadangan suplemen yang diperlukan oleh lelaki dan wanita untuk penghasilan ovum dan sperma yang sihat dan berkualiti.


KESUBURAN LELAKI



Cadangan Supplement : Vitamin E Complex

Lebih dikenali sebagai “VITAMIN CINTA”.  Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai tenaga yang lebih dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengamalkan vitamin E. Manakala bagi wanita pula, pengambilan vitamin E sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan “sexual desires” dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik. 



Antioksidan yang seimbang dalam  vitamin E menghalang penghasilan radikal bebas akibat stress. Nitrik oksida pula membantu melancarkan peredaran darah pada alat sulit lelaki dan membantu ereksi dengan lebih baik. Oleh itu,vitamin E amat membantu kaum lelaki yang mengalami tekanan kerja dan masalah kesihatan.




SET KESUBURAN WANITA

1. GLA complex

Membantu badan wanita untuk menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang berfungsi memberi ruang untuk sperma untuk terus hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ia juga mengatur kitaran haid bagi memudahkan wanita mengetahui waktu ovulasi (subur) sekaligus meningkatkan lagi peluang untuk hamil.

2. Alfalfa Complex

Membantu dalam hal-hal kewanitaan. Membantu mengurangkan keputihan sekaligus merapatkan vagina.

3. B complex

Mengandungi asid folik yang amat diperlukan bagi wanita yang merancang untk hamil. Asid folik di awal kehamilan amat penting utnuk mengelakkan bayi dari mengalami spina bifida (sumbing tulang belakang).

4. ESP (Energizing Soy Protein)

Membantu untuk membaiki dan membentuk tisu rahim. Selain itu ESP juga membantu penghasilan sel ovum dan sel sperma yang berkualiti sekaligus meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil.




Dapatkan produk Shaklee & Konsultasi secara PERCUMA 
InsyaAllah terbaik dari Dikda

PM | Facebook : Siti Suhaida Ismail
LIKE | Page : Vitashop Mamaerry
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 013-6192597
BLOG : lamancintamamaerry.blogspot.com
EMAIL : sitisuhaidaismail@yahool.com



PENGEDAR SHAKLEE BATU SELANGOR COD : kawasan sekitar Subang Jaya, Summit, Sunway Pyramid,  PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA COD Presint Putrajaya,  PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM COD Seksyn 15, Shah Alam




Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE