gdm

Tahu tak kenapa ibu yang ada kencing manis pada tempoh kehamilan adalah berisiko dan bahaya kepada si ibu?

Kenapa Nak Paksa Bersalin? Semua Benda Ada Masanya

Bila seorang ibu mengandung, tarikh jangkaan bersalin akan diberikan. Tarikh ni jadi panduan waktu baby dah cukup bulan dan sesuai untuk dilahirkan. Selalunya tempoh mengandung ialah 40 minggu.

Tapi, dalam beberapa keadaan, 40 minggu tu tak boleh ditunggu. Antaranya ialah bila ibu menghidap kencing manis. Sama ada memang ada kencing manis masa mengandung atau pun GDM.

Sebab tu ibu GDM yang dirawat dengan kawalan diet, mesti bersalin pada tarikh jangkaan bersalinnya, tak boleh lebih 40 minggu. Dan kalau dirawat dengan insulin tak boleh lebih 38 minggu.

Ada segelintir ibu yang mungkin inginkan penjelasan sebab kata mereka kelahiran bayi tu ada masanya. Kenapa perlu dipaksa? Sedangkan ibu GDM yang dipaksa bersalin pun bukannya semuanya selamat.

😢😢😢

Dalam keadaan tertentu, walaupun ibu GDM yang dikawal dengan diet, baby perlu dikeluarkan lebih awal, contohnya saiz baby yang besar, pertumbuhan baby terencat dan masalah pada uri.

Untuk ibu yang normal dan tak ada masalah kesihatan, dia dibenarkan bersalin lebih 10 hari daripada tarikh jangkaan. Sebab, uri juga akan mengalami penuaan. Bila dah tua, dia tak dapat berfungsi dengan baik. Jika kandungan diteruskan, mungkin boleh menjejaskan bayi kerana makanan & bahan buangan bayi tak boleh disalurkan dengan baik.

Dalam ibu gdm pula, penuaan plasenta boleh berlaku dengan lebih cepat. Sebelum proses tu berlaku, lebih baik keluarkan baby dulu.

Ibu juga berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi yang disertai dengan buah pinggang bocor pada peringkat akhir kandungan. Tekanan darah tinggi ni meningkatkan risiko uri lekang sebelum masa. Banyak kes baby memang tak dapat diselematkan sebab ia berlaku dengan pantas.

Seterusnya risiko baby besar. Walaupun risiko ni memang sangat rendah kalau gula terkawal & ada je ibu yang boleh melahirkan bayi yang beratnya lebih 4kg. Tapi baby besar meningkatkan risiko cser. Kalau nak terberanak biasa & bahu baby tersangkut, bersedialah untuk melahirkan cara luar biasa & last sekali kalau tak keluar juga, tulang selangka baby mungkin perlu dipatahkan.

Tak sanggup!

Last but not least, baby boleh meninggal dekat-dekat waktu nak bersalin. Mungkin sebab gula tak terkawal atau masalah plasenta.

Takkan nak tunggu itu berlaku kan?

Sebab tu ada panduan untuk mencegah benda-benda ni berlaku.

Betul, semua tu kuasa Allah. Tapi Allah tak ajar kita jadi manusia pasrah berserah tanpa berusaha sebaiknya.

Sebenarnya anda ada hak untuk memilih kaedah rawatan yang anda nak. Tapi pastikan dapat maklumat yang betul. Baik buruknya perlulah ditimbang. Staf perubatan hanya membantu bukan memaksa. In the end, kita bertanggungjawab atas kehidupan sendiri.

(Credit : Dr Fyda Noh)


KEBAIKKAN MINYAK IKAN OMEGA-3 UNTUK IBU HAMIL
===========================
Minyak ikan Omega-3 memang sesuai utk ibu hamil terutamanya ibu hamil yang menghidapi GDM ketika hamil kerana :

🐟 Omega guard ada leptin yang bantu menstabilkan gula dalam darah & kawal selara makan.

🐟 Membantu mengawal tekanan darah

🐟 Mengawal dari kenaikan berat badan yg mendadak
🤰
🐟 Melembapkan kulit sbb ada ibu mengandung kering kulitnya.

🐟 Mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kalau ada sejarah dalam keluarga atau anak sebelum tu yg ada asma atau eczema boleh ambil omega sebagai ikhtiar untuk kurangkan risiko.

🐟 Mengurangkan risiko utk kehamilan pramatang.

🐟 DHA dan EPA juga membantu perkembangan otak janin dan mata bayi.

Banyak sangat kebaikan Omega untuk ibu hamil kan. Jadi memang patut sangat ibu mengandung amalkan omega ni.

Pengedar Shaklee Anda
Soffiah Shariff
013-4505852

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE