Cara Mudah untuk jadi Kurus dan Cantik

*PILIH PEMAKANAN SEIMBANG KEKAL GAYA HIDUP SIHAT*💁♀️ Apa yang diperlukan hanyalah pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada tiga bahagian menggunkan konsep SUKU-SUKU SEPARUH. Ikuti langkah mudah konsep SUKU-SUKU SEPARUH ini yang bermaksud SUKU PERTAMA pinggan diisi dengan sumber KARBOHIDRAT seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita. SUKU KE DUA pula diisi dengan sumber PROTEIN seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh. SEPARUH PINGGAN lagi diisi dengan BUAH-BUAHAN dan SAYUR-SAYURAN yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya kerana ia penting untuk mengawal suhu badan, mengangkut nutrien dan bahan buangan dalam badan. Kini anda sudah faham mengenai pembahagian kumpulan makanan yang penting setiap kali mengis...