MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

 MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

********************************************



Buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah dan mampu menyingkirkan toksik, sisa buangan dan bendalir berlebihan dalam badan.


Kegagalan buah pinggang dalam melaksanakan tugas penting ini akan mengakibatkan kematian kepada penghidapnya. Walaupun buah pinggang adalah bersaiz kecil, ia adalah organ dalaman yang mempunyai pelbagai fungsi dalam mengekalkan kesihatan untuk keseluruhan badan dan memastikan organ lain juga berfungsi dengan baik.


Penyakit ini menjadi serius apabila ia gagal berfungsi dan menyebabkan pesakit perlu menjalankan rawatan dialisis atau proses mencuci darah seumur hidup dan ia sebenarnya telah menggantikan fungsi sebenar buah pinggang dengan dibantu oleh mesin dialisis. Walaupun ia kelihatan berkesan untuk jangka masa singkat, tetapi ia akan memberikan impak negatif dalam tempoh masa yang panjang.


Kegagalan buah pinggang adalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi dan ia sebenarnya akibat daripada pengambilan ubat dalam merawat tekanan darah tinggi. Perubahan dalam gaya hidup kepada yang lebih sihat akan membantu merawat buah pinggang menjadi lebih baik dan kembali berfungsi seperti sedia kala.


Pengawalan kadar gula dalam salur darah kepada pesakit diabetes sedikit sebanyak membantu mencegah risiko menghidap penyakit yang lebih kronik seperti buah pinggang, penyakit jantung dan serangan strok. Namun, rawatan hanya membantu melambatkan proses serangan penyakit sahaja dan ia tidak berupaya menyingkirkan penyakit.


Apabila ia telah berada diperingkat akhir, kira-kira 90% fungsi buah pinggang akan terhapus dan pesakit akan mengalami keletihan yang melampau, kesukaran dalam menumpukan perhatian dan kehilangan selera makan. Ia boleh dikesan melalui ujian darah dan ujian air kencing.


Antara makanan yang terbaik untuk pesakit buah pinggang amalkan adalah terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar seperti buah Epal, Blueberry, Anggur merah, Kobis bulat, Kobis bunga, dan lada benggala merah serta Terdapat pelbagai khasiat dan nutrient yang anda boleh perolehi dengan menjadikan 7 MAKANAN ini sebagai sajian dalam menu pemakanan harian anda.


**SAKIT BUAH PINGGANG TIDAK BOLEH DI PANDANG RINGAN. JIKA PESAKIT BUAH PINGGANG MELANGGAR PANTANG LARANG INI, SILAP2 BOLEH MENGUNDANG MAUT..**


Sebagai ahli keluarga yang ada mengalami masalah ini, kita perlu memberi sokongan kepada mereka, agar mereka tidak terasa terabai.


1. KAWAL PENGAMBILAN AIR.


Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja.Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari.Pengambilan 

air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras.Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair.


2. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan mengambil MAKANANAN YANG TINGGI PROTIEN


seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu.Walau bagaimanapun , pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam.Hal ini kerana, makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah.

Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.


3. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan MELAKUKAN KERJA-KERJA BERAT...... 

seperti kerja 

buruh dan sebagainya.Walau bagaimanapun , pesakit boleh bekerja seperti biasa atau melakukan aktiviti sukan biasa untuk kesihatan.

Jika pesakit melakukan dialisis, proses dialisis itu sendiri menyebabkan 

banyak nutrien yang diperlukan tubuh turut tersingkir dan tubuh pesakit akan cepat lemah dan tidak bertenaga.

Oleh itu, pesakit mungkin perlu mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan semula nutrisi yang telah hilang sewaktu dialisis.

Pesakit buah pinggang biasanya akan diberikan kalsium 

dan vitamin seperti vitamin C dan vitamin B untuk membantu memulihkan tenaga menggantikan semula nutrisi yang hilang setelah mereka melakukan dialisis.


4. PENGAMBILAN GARAM perlu dikawal oleh pesakit buah pinggang.


Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan.

Walaubagaimana

pun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal.

Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan.

Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.


5. MENGURANGKAN SAYUR- SAYURAN DAN BUAH - BUAHAN YANG TINGGI KALIUM ( POTTASIUM)

seperti bayam, kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma.

Walaubagaimana

pun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas.

Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami 

degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.

Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari.

Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.


6. Pesakit buah pinggang juga perlu MENGAWAL KANDUNGAN FOSFAT DALAM PEMAKANAN 

Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah.Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang.Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.

Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu.

Manakala mimuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina.

Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti 

canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam.

Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa.


7. MAKAN PADA WAKTU DITETAPKAN 


Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap.

Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

“Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. 

Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE