Bagaimana mengatasi Cyst semasa Hamil

APAKAH PUNCA OVARIAN CYST BERLAKU KETIKA HAMIL? Cyst ovari semasa hamil memang berbahaya dan biasanya terjadi kira-kira 0.19 ke 8.8% pada wanita yang sedang mengandung. Malah, pesakit yang mempunyai cyst boleh dikesan semasa scan kehamilan di klinik di mana doktor akan melihat sebarang keabnormalan pada kandungan. . Namun begitu, usah terlalu bimbang kerana tumor ovari ini tidaklah sampai boleh menyebabkan kanser ovari dan risikonya juga rendah. Namun, semuanya bergantung pada saiz cyst yang dikesan itu. Pada peringkat ini, pesakit tidak memerlukan pembedahan kerana cyst tersebut akan hilang sendiri setelah masuk ke trimester kedua kehamilan yang boleh dilihat pada ultrasound berkala. . Gejala cyst ovari semasa hamil Kebanyakan pesakit dengan cyst tidak mengalami sebarang gejala, tapi ia boleh dikesan semasa melakukan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi semasa melihat janin. Namun ada juga sesetengah daripada mereka mengalami sakit perut, kencing dengan lebih kerap ata...