Punca Dan Cara Atasi Kebas Kaki Tangan

Mesti biasa kan lenguh tangan, lenguh kaki, kebas tangan dan kebas kaki

Bukan sebab kita tua tapi mungkin sebab saraf dah mula rosak. 


KEBAS TANGAN TANDA SARAF ROSAK, AKIBATNYA BOLEH HILANG DERIA RASA JIKA DIBIARKAN


Ini antara masalah yang biasa kita hadapi bila kebas

.

- Malam2 tak boleh tidur

- Duduk rasa tak selesa

- Memandu rasa sengsara

- Bangun pagi kaki asyik kram

- Baring-baring pun rasa ada semut merayap

- Hari2 rasa menyucuk di kaki, tangan, dada

- Kadang2 tak boleh pegang langsung barang sebab macam takde deria rasa 


PUNCA - PUNCA KEBAS KAKI DAN TANGAN

Pelbagai punca yang boleh menyebabkan saraf rosak antaranya sebab kemalangan, genetik, gaya hidup tidak sihat dan lain2. 

.

Punca utama di Malaysia adalah kerana salur darah tersumbat dengan lebihan gula dan lemak daripada makanan2 yg kita makan selama bertahun2 dengan tidak mengamalkan makanan seimbang & juga tidak melakukan aktiviti senaman.  

.

KEBAS KAKI TANGAN JIKA DIBIARKAN BOLEH MENYEBABKAM STROKE

Kebas tangan adalah salah satu simptom yang amat dirisaukan dikalangan rakyat Malaysia. Salah satu penyakit yang dirisaukan apabila seseorang itu menghadapi kebas tangan adalah angin ahmar.

Perlu diketahui bahawa kebanyakan masalah kebas tangan bukan berpunca daripada angin ahmar dan selalunya angin ahmar akan menyebabkan simptom lain terutamanya kelumpuhan pada bahagian tangan ataupun kaki.

Perkara ini selalunya berlaku ketika mana tangan anda terhimpit disebabkan posisi tidur yang tidak betul. Posisi tersebut akan menyebabkan saraf dan juga saluran darah terhimpit menyebabkan fungsi saraf deria dikawasan tersebut akan berkurangan.

Ini akan menyebabkan anda tidak merasakan apa-apa rangsangan langsung pada ketika itu seolah-olah anda tidak mempunyai tangan. Tetapi setelah anda membetulkan posisi badan dan himpitan itu hilang, maka tangan tersebut pun akan beransur normal dan dapat merasa semula.

Masalah ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu duduk dalam keadaan bersila pada satu masa yang lama. Pada ketika itu, individu tersebut akan mula merasa kaki menjadi kebas dan seolah-olah dicucuk jarum. Apabila dia berdiri semula, himpitan tersebut akan hilang menyebabkan saraf dapat berfungsi semula seperti biasa.

Keadaan seperti ini selalunya tidak dirisaukan oleh para doktor. Akan tetapi terdapat beberapa keadaan yang merisaukan doktor jika kebas itu berlaku tanpa melibatkan posisi badan seseorang pesakit.


Apakah punca kepada masalah tangan kebas?

Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.

Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan dimana ia bukan disebabkan posisi badan. Ia adalah:

1. Kencing manis

Kencing manis boleh merosakkan saraf di dalam badan sedikit demi sedikit. Pada mulanya ia akan mula merosakkan saraf di bahagian kaki terlebih dahulu. Jika ia terlalu teruk, ia boleh naik ke bahagian tangan pula.

Sebanyak 30% mereka yang menghadapi kebas dibahagian kaki adalah disebabkan kencing manis.

2. Angin Ahmar (Strok)

Masalah ini selalunya akan menyebabkan pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian tangan dan kaki. Ia disebabkan pendarahan ataupun sumbatan darah yang berlaku dibahagian otak.

Pesakit boleh mengadu simptom kebas ataupun tidak pada bahagian yang lumpuh

3. Sindrom Himpitan saraf(Nerve Entrapment Syndrome)

Saraf yang terperangkan ataupun mengalami himpitan ini selalunya berlaku dikawasan yang membentuk terowong. Dimana saraf tersebut perlu memasuki lubang/terowong itu. Jika lubang itu menghadapi keradangan, ia akan menyebabkan fungsi saraf terganggu dan tangan akan kebas.

4. Penyakit Sistemik

Penyakit yang melibatkan seluruh sistem badan seperti kegagalan buah pinggang, masalah hati, kerosakan pada salur darah, keradangan kronik dan sebagainya yang menyebabkan himpitan pada saraf

5. Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.

6. Penggunaan Alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan tahap vitamin thiamin menjadi berkurangan di dalam darah.

Thiamin juga merupakan salah satu elemen yang diperlukan untuk membentuk saraf yang sihat. Kekurangan elemen ini akan menyebabkan pesakit mengalami kebas-kebas badan.

7. Toksin

Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri.

8. Penyakit Autoimun

Penyakit Autoimun adalah satu penyakit yang berlaku disebabkan kekeliruan sistem imun. Ia akan menyebabkan sistem imun badan menyerang sel badan sendiri.

Beberapa jenis penyakit autoimun adalah:

Guillain-Barre syndrome
Systemic Lupus Erythematosus
Rheumatoid arthritis
9. Kecederaan

Trauma yang melibatkan kerosakan pada saraf akan menyebabkan rasa kebas pada bahagian tangan ataupun bahagian lain.

Sebagai contoh jika terdapat tulang yang retak dibahagian tengkuk ataupun slipped disc yang berlaku dibahagian tengkuk, ia akan menyebabkan saraf terhimpit dibahagian itu. Ini akan menyebabkan saraf yang berhubung dengan tangan tidak dapat berfungsi dan menyebabkan tangan menjadi kebas. 


Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca tangan kebas?

Seperti yang dinyatakan diatas terdapat pelbagai punca kepada masalah tangan kebas. Tetapi setiap daripada punca tersebut mempunyai simptom yang spesifik dan doktor akan membuat keputusan ujian mana yang sesuai dibuat ke atas pesakit.

1. Kencing Manis

Pesakit selalunya akan mengalami kencing yang kerap dan dengan isipadu yang banyak. Bagi pesakit ini, ujian untuk menentukan gula di dalam darah perlula dilakukan untuk mengesan sama ada pesakit mengalami masalah kencing manis ataupun tidak

2. Angin Ahmar

Pesakit akan mempunyai masalah kelumpuhan tangan dan kaki. Bagi pesakit jenis ini, mereka perlulah melakukan Imbasan CT(CT-scan) untuk melihat sama ada berlaku pendarahan ataupun kawasan otak yang sedang mengalami kematian sel disebabkan sumbatan darah

3. Sindrom himpitan saraf

Selalunya masalah ini disahkan dengan hanya melakukan pemeriksaan fizikal sahaja.

Ujian untuk penyakit yang menyebabkan masalah kebas tangan ini akan diceritakan pada topik yang lain.

Apakah Rawatan untuk bagi mereka yang menghadapi masalah kebas tangan?

Punca kedua selepas saraf terhimpit disebabkan posisi badan adalah Sindrom saraf terhimpit(Nerve Entrapment Syndrome). Penyakit yang selalunya disebabkan masalah ini adalah Carpal Tunnel syndrome iaitu himpitan yang berlaku di kawasan pergelangan tangan.

Rawatan yang selalunya diberikan adalah dengan membuka ruang dipergelangan tangan tersebut untuk mengurangkan tekanan pada saraf itu. Selepas daripada itu, rasa kebas tangan akan berkurangan.

Tetapi terdapat beberapa penyakit yang memerlukan rawatan pada penyakit yang menyebabkan kebas tangan tersebut seperti kencing manis, penyakit autoimun, penyakit sistemik dan beberapa jenis penyakit yang lain.

Jika penyakit jenis ini dapat dikawal dengan baik sebagai contohnya penyakit kencing manis mempunyai kawalan gula yang baik, maka masalah kebas tersebut pun akan berkurangan jugak.

Sumber daripada : thediagnosa.my


Cara Atasi Kebas kaki dan Tangan


Kelebihan Set Kebas Shaklee

#B_COMPLEX
🌱Kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12.
 🌱Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. 
🌱B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. 

#OMEGA_GUARD
🌱Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. 
🌱Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. 
🌱Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. 

#OSTEMATRIX 
🌱Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. 
🌱Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.

Selain daripada itu gabungan set ini ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik, serta mengelakkan masalah sembelit yang dialami.


Bagaimana nak dapatkan Set Kebas Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, putrajaya dan Bangi

Suhaida Ismail
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ohyesihat@gmail.com 
Call/SMS/WhatsApp: 013-6192597 
www.wasap.my/60136192597





Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE