Bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang Bijak

contoh ibu bapa yang bijak
Mesti kita masih ingat lagi cara didikan ibu dan ayah semasa kan. Dulu saya kerap bergaduh dengan kembar saya,sepahkan rumah, tarik rambut, biasa la tu budak perempuan kan.Kalau diingat balik,memang melucukan. Lepas tu memang kena marah dengan ibu dan ayah, semua takut terus diam.

Tapi sekarang, jika cara itu di aplikasikan pada anak-anak zaman sekarang,mungkin cara penerimaan mereka berbeza.Anak- anak zaman moden tidak suka dimarah
Mungkin zaman sekarang anak-anak sudah terdedah kepada kecanggihan teknologi. Kita sebagai ibu bapa harus bijak mendidik anak-anak di zaman moden ini.


Ketahuilah keperluan anak-anak anda

Anak-anak sebenarnya suka bila ibu bapa  bersama mereka walaupun bukan secara fizikal.Sekarang kita ada Whatsapp, Facebook, Skype dan Wechat antara medan sosial yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mendekatkan  diri dengan anak-anak. Barulah anak-anak tidak lari dari rumah dan lebih cenderung bercerita pada rakan atau orang luar. Luangkan sedikit masa untuk mendengar luahan dan masalah mereka.

Jangan terlalu kerap dedahkan anak-anak dengan gadget moden seperti telefon. Ibu bapa harus selalu memantau aktiviti anak-anak agar tidak melakukan benda yang tidak sepatutnya.

Berkomunikasi dengan cara yang betul

Ibu bapa harus jelas dan spesifik dalam memberi nasihat kepada anak-anak.
Jika perkara yang dilakukan itu salah,pastikan mereka tahu kenapa ibu bapa tidak  dapat menerima perbuatan mereka. Sebab itu ibu bapa harus bijak dalam komunikasi dengan anak-anak.
Gunakan bahasa yang sopan dan tidak kasar pada anak-anak. Ibu bapa lah contoh terbaik yang akan menjadi ikutan mereka.

terlalu leka dengan games dalam android menjejaskan minda anak-anak

Guna perkataan yang positif

Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang tidak baik ataupun memberi kritikan kepada anak-anak. Memori mereka sangat hebat pada waktu itu dan mereka akan mengingati apa saja yang anda katakan. Anda sebagai ibu bapa harus memberi motivasi kepada mereka dan tunjukkan contoh yang terbaik. Mungkin anda tertekan dan stress di tempat kerja, tapi jangan sesekali membawa perasaan marah itu ke dalam rumah. Singgah kedai mamak kejap pekena sirap ais, baru balik rumah.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah memberi garis panduan dalam mendidik anak-anak.


Mendidik anak-anak cara Rasulullah.



Fasa Pertama : Dari umur 0-6 tahun

Pada fasa ini, ibubapa hendaklah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dengan memanjakan mereka, bergurau senda dan bermain bersama-sama. Sekiranya anak-anak membuat salah, jangan sesekali dirotan atau dipukul. Elakkan anak-anak pada telefon atau televisyen pada fasa ini kerana mereka mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan kartun-kartun yang dilihat.


Fasa Kedua : Dari umur 7-14 tahun

Pada fasa ini, Islam masih memberi penekanan dalam memberikan kasih sayang tapi perlulah disulami dengan ketegasan dalam memberi arahan, menekankan pada disiplin dan juga melatih mereka pada tangungjawab. 

Selain itu, pada fasa ini, anak-anak perlu didedahkan dengan didikan solat, puasa, dan ibadah-ibadah yang lain. Pada usia tujuh tahun, ibu bapa harus menyuruh dan mengajar anak-anak solat dan asingkan tempat tidur mereka. Jika mereka berdegil, ibu bapa boleh menggunakan ketegasan seperti merotan tapi haruskan bersesuaian dan terangkan pada mereka kenapa ibu bapa bertindak sedemikian.



  1. Anak mengerti mengapa dia dirotan.
  2. Orang yang memukul/merotan adalah walinya contoh ayahnya.
  3. Tidak boleh memukul secara berlebihan sehingga memudaratkan.
  4. Kesalahan yang dilakukan memang patut mendapat hukuman.
  5. Memukul/merotan dengan niat mendidik, bukannya untuk melepaskan marah.

Fasa Ketiga : Dari umur 15-21 tahun

Pada fasa ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Selalu mendekatkan diri dengan mereka kerana sebenarnya mereka amat selesa dengan kehadiran ibu bapa.

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka dan menghormati pandangan dan pendapat mereka selagi tidak bersalahan dengan syariat Islam. 

Fasa Keempat : Dari umur 21 keatas

Pada fasa ini, anak-anak hendaklah diberikan kebebasan dalam membuat keputusan, dan memberikan sepenuh kepercayaan pada setiap keputusan yang anak-anak buat. Namun, ibubapa perlulah memantau dan memberikan nasihat diiringi dengan doa semoga sehala keputusan yang mereka amibil adalah betul dan mengikut landasan Islam yang sebenarnya.






Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE