Hari Sukan Negara 2016

Assalamualaikum,,
Selamat Hari Sukan Negara bagi seluruh rakyat Malaysia.

Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari sabtu  minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.Ini adalah satu inisiatif negara untuk mendidik dan membentuk masyarakat Malaysia tentang penting nya gaya hidup sihat dan elak kan dari penyakit kronik.

Saya rasa bangga sangat rakyat Malaysia sangat menitikberatkan soal kesihatan.Ada poster mengenai kanser,ada banner mengenai cegah Diabetes,dan di radio mereka selalu bagi tips kesihatan.

Antara objektif Hari Sukan Negara ialah:

a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.


Sapa dah menyahut semangat Hari Sukan negara pada hari  ni??
Cepat mengaku.Tak kisah la berkebun ke,bersenam ke ,berjalan keliling rumah ke,join zumba ke.asalkan keluar peluh.Tu nama nya badan kita sihat.

Setiap tahun saya memyambut Hari Sukan Negara ni,sebagai tanda saya sokong matlamat untuk melahirkan warga yang sihat.Tahun lepas,saya dan si kembar menyertai larian merentas desa di Kelantan.Kami seronok sangat,pukul7 pagi dah terpacak di padang.hehe


Tahun ini,saya memilih untuk beriadah satu taman dalam kotaraya.iaitu Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.Saya mengambil masa dalam 30minit ke sana dari Subang Jaya.Pergi pagi bole rasa angin nyaman di taman eko rimba ni.
Ramai yang tanya kat mana Taman Eko Rimba ni,jauh tak?
Taman Eko Rimba ni terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur,antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan.Senang je,pakai maps.terus jumpa.
Macam mana nak parking kereta ??
Usah risau ,Kat sini memang ada satu tempat lapang untuk anda parking kereta.hanya perlu bayar RM6 sahaja.
Nak masuk Taman Eko Rimba ni adalah FREE .tidak perlu bayaran apa-apa.Untuk keselesaan,pakai lah pakaian riadah.
Yang memariknya kat sini ialah Canopy Walkway; Forest Trail; Jungle Tracking; Herbs Garden; Wildlife; Birds; Camping; Picnicking; Research
Dalam tu ada gallery.macam- macam info ada.Untung sambil beriadah dapat ilmu.Sebab tu ramai budak - budak sekolah yang datang buat trip.

Di sini saya kongsi kan gambar-gambar best di sana.mesti anda teruja.hehe






 Saya ni pengemar batik.Seni ukiran ni terlalu indah.Beruntung kan siapa yang pandai buat ukiran batik tu.Dalam gallery ini,macam-macam ada termasuk lah ukiran batik dan kayu.


Yang paling menerujakan saya apabila keluar dari pintu pagar Taman Eko Rimba ni,nampak Upsidedown House KL.

Satu tarikan baru di KL ni ialah Upsidedown House ni ,ianya baru dibuka pada June 2016.Biasanya dikenali sebagai Rumah Terbalik.Tempat-temlat macam ni lah pelancong suka tengok di Malaysia.

Nak masuk dalam Rumah Terbalik ni ialah sebanyak RM15 seorang.Apa yang menariknya?
Cuba bayangkan semua terbalik,gimmik kan.
Sebelum ni yang kita sedia maklum,Rumah Terbalik ni ada di Sabah,tu yang paling 
femes.Dan yang terbaru di Port Dickson.
Jangan cakap dalam kotaraya tak ada taman taw,hehe
Hujung minggu ni boleh la bawak anak-anak ke sini,menikmati alam flora sambil menimba ilmu.
*Selamat Bersantai*

 


Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE