7 Cara Jimat Cantikkan Kuku



7 Cara Jimat  Cantikkan Kuku

Bagi mendapatkan kuku cantik dan sihat, biasanya wanita akan ke salon kecantikan atau spa untuk buat manikur dan pasikur. Nak jimat, boleh je buat sendiri kat rumah perawatan kuku dengan cara alami. Jum Dikda bagi petua.

1)      Bersihkan dengan limau nipis dan lemon

Belah limau nipis atau leon kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kuku dan jari. Biarkan selama 3  minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan dua minggu sekali, pasti teruja bila kuku nampak bersih dan cantik.

2)      Minyak zaitun/ Kelapa Dara

Bila kuku mudah pecah dan kulit jari rasa kasar, mesti rasa tak selesa kan. Keyakinan diri pun jadi kurang. Petua kali ni ialah dengan menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara dengan mengoles minyak tersebut pada kulit setiap malam sebelum tidur, sambil urut secara perlahan.

3)      Khasiat Bawang putih

Tumbuk bawang putih dengan lumat, kemudian gosokkan pada kuku. Jika dilakukan secara berterusan, bukan saja kuku cantik berkilat malah kuku menjadi kuat.

4)      Belimbing buluh atasi kulit Kusam

Kuku kusam dan kulit kering mesti namoak tak elok kan. Lagi la bila nak bersalaman dengan orang, malu nya. Jum amalkan petua ni, gosok kuku dengan belimbing buluh dua kali seminggu dan rendamkan jari dengan air yang dicampurkan dengan garam bukit. Mesti hasilnya sangat puas hati, Tak caya, cubalah!

5)      Daun Kangkung putihkan kuku

Kadang –kadang kuku nampak comot bila ad kotoran yang susah nak tanggal macam terkena dakwat pen dan minyak hitam. Nak tanggalkan memang makan masa jugak, jadi nak cepat nak bersihkan kuku dengan ambil daun kangkung , tumbuk dan gosok pada kuku. Biarkan selama 10-15minit ,kemudian bilas dengan air bersih.

6)      Potong kuku secara konsisten

Kenapa suka jemput bacteria kalau boleh elak. Eh, tak paham ea. Maksud dikda, kenapa nak simpan kuku panjang kalau dah tahu akan mengudang bacteria. Jangan potong kuku terlalu pendek, nanti kulit jadi sakit pulak. 

7)      Gunkan sarung tangan

Pakai sarung tangan bila perlu contohnya masa nak basunh pinggan atau berkebun. Dan aktiviti ini terdedah kulit kita kepada bahan kimia. Jadi elakkan dengan memakai sarung tangan.Penggunaan bahan kimia boleh mengeringkan kulit dan kuku jadi mudah patah.


Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!



Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE