Vitamin bukan lagi pilihan malah satu Kewajipan

Pada zaman yang serba mencabar dan berkembang pesat, masihkan anda rasa udara yang kita hirup  sekarang ini masih segar? Tanah yang kita bercucuk tanam tiada racun? 

Banyak faktor yang perlu kita memaksa kita untuk menjadikan vitamin bukan lagi sebagai pilihan malah suatu kewajipan, antaranya:


1. Faktor pemakanan


Biasanya kita tidak makan mengikut piramid makanan atau makanan seimbang. Kopi, Teh Panas & Rempah. Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang. Anak-anak kita telah didedahkan dengan makanan ringan sejak dari kecil yang tidak elok kepada tumbesaran mereka. 


2. Masalah Penghadaman.


 Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisin.


3. Pengambilan alkohol yang berlebihan 


Alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.


4. Amalan merokok 

  Merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun. Sebab itu, orang yang merokok cepat mendapat penyakit berbanding mereka yang bebas rokok. 

5. Cara penyediaan Makanan


Biasanya kita tidak tahu cara penyediaan makanan yang betul seperti memasak terlalu lama atau memasak semula daging dan sayuran akan menyebabkan vitamin B,C dan E akan termusnah. Jadi kita hanya makan untuk kenyang semata dan tidak mendapat nutrisi yang lengkap kepada tubuh. Contoh makanan dalam tin. Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali. 

  6. Perubahan Hormon dan Stress 

Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C. Selain daripada itu,  perubahan hormon ketika sindrom pra haid dan masa haid, menopouse, peringkat remaja dan warga emas akan menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ketika inilah badan kita sangat memerlukan vitamin seperti zat besi, kalsium dan vitamin - vitamin lain untuk menghasilkan sel-sel baru.


Walaupun kita masih menjadikan gaya hidup yang aktif sebagai prinsip hidup, namun keperluan vitamin adalah perlu untuk mengelakkan badan kita daripada terkena penyakit.
Kalau dulu, biasanya padi ditanam dua kali setahun. Tapi sekarang padi dituai empat kali setahun. Apa keburukan nya? Tanah yang digunakan untuk bercucuk tanam tidak cukup masa untuk mengembalikan nutrient yang dah hilag ketika pada membesar. Akibatnya, beras yang terhasil tidak berkualiti dan kurang nutrisi. 

Cuba kita lihat gambar di atas, sumber protein kita menjadi murah akibat bermacam -macam bahan kimia. Suntikan hormon pada ayam akan menyebabkan ayam cepat besar dan boleh dijual tetapi tidak berkhasiat malah beracun?? 

Kesimpulannya , semua pilihan di tangan anda, Adakah anda suka merawat dari mencegah atau mencegah sebelum parah??



Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE