Vitamin lagi penting dari Makan Sayur

Makan Vitamin lagi bagus dari makan Sayur?

Mesti ramai yang argue dengan statement saya ni. Kalau dulu yela boleh saya terima kenapa diowg tak makan vitamin tambahan. Sayuran dan buahan di sekitar mereka sangat segar dan cukup nutrisi. Tapi sekarang, awak rasa?

Znalezione obrazy dla zapytania MAKAN VITAMIN BANYAK
tidak cukup nutrisi dalam diet seharian boleh mengundang pelbagai penyakit

Dari zaman dulu lagi, manusia purba makan lagi banyak tanaman berbanding dengan daging, kerana itu yang banyak tersedia  disekeliling mereka. Fakta yang menyatakan banyak manfaat yang dapat diperoleh bila memakan sayuran memang tak dapat dinafikan.


Kita tahu sayur-sayuran memang kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang penting dalam diet seharian.
Malah, makan syuran seperti ulam ulaman boleh mengelakkan  penyakit kanser sebab badan kita bole menolak penyakit yang datang.

Sebab tu dalam diet seharian wajib ada sayur, karbohidrat dan protein barulah hidangan tu lengkap. Badan pun cukup nutrisi untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

 Kenapa sayur Penting dalam kesihatan kita?

  • Sayur dan buah-buahan memang kaya dengan vitamin dan mineral yang tinggi dan rendah lemak.Sayuran hijau dan orange merupakan sumber yang paling kaya dengan kalsium . magnesium, kalium ,zat besi dan beta.
  • Sayuran merupakan salah satu sumber terbesar zat antioksidan. Badan dapat melawan radikal bebas yang menyerang tubuh sepertikanser dan jantung.
  • Sayuran juga merupakan sumber serat yang tinggi. Sebab itu bila makan sayur, automatik kita senang nak membuang.
  • Makan sayur juga boleh elak badan kita ma dari masalah kegemukan. Percaya ke tak? sebab sayur-sayurang ini sangat rendah lemak dan kalori, nak kurus amalkan makan sayur yang banyak dan jangan memilih.
  •  Makan sayur juga boleh adalah rahsia awet muda. Kalau kita tengok orang tua-tua, diowg suka sangat amalkan ulam-ulaman sejak dari muda lagi. Pastu makan pula secara mentah supaya dapat sepenuh nya nutrisi dari sayur tersebut. 

Tapi, persoalan nya sekarang..masih segar ke sayuran dan tanaman kita sekarang? Zat dan mineral dalam tanah cukup ke untuk sayuran tumbuh dengan sihat?




Mengapa Makan sayuran itu penting untuk kesehatan?

 

Vitamin sebagai Pelengkap Nutrisi

Kemerosotan garam mineral dalam tanah sebenarnya meyebabkan tanaman yang ditanam mempunyai nutrisi yang rendah.Ini adalah punca kenapa kita harus mengambil makanan tambahan seperti supplemen dan vitamin untuk menampung kembali nutrisi yang kurang dalam diet seharian.


 

Contohnya, kita beli kereta baru mestilah kita nak lengkapkan dia dengan pelbagai accessories sebagai pelengkap untuk nampak cantik dan bergaya. Dalam kereta tu mestilah ada radio, ekon, wipers dan sebagainya barulah kereta itu lengkap.

Macam tu lah jugak badan kita, bila kita makan sayur tapi kurang nutrisi, lengkapkan diet kita dengan pengambilan vitamin dan supplemen tambahan. Vitamin adalah pelengkap kepada makanan yang sihat. Ia menambah apa yang kurang dalam pemakanan yang kita ambil.

Pengambilan Vitamin mampu meningkatkan taraf Kesihatan


Banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan masyarakat sekarang berbanding dengan masyarakat dulu, antaranya:

1. Kurangnya Kualiti Zat Makanan

Znalezione obrazy dla zapytania kurang zat makanan

Tanah yang kita tanam sayuran dan buah-buahn tidak lagi mempunyai nutrien yang cukup. Petani zaman dulu amalkan penanaman bergilir. Lepas menuai hasil tanaman, mereka akan tanam pula tanaman daripada jenis lain. Contohnya, dulu nak tuai hasil padi kena tunggusetahun baru boleh. Sekarang, dengan macam-macam teknologi hasil padi boleh dituai sampai 4 kali setahun.

"Bagus la tu boleh tuai 4kali setahun. Beras pun makin cukup", kata kita. Tapi, tanah tidak mempunyai masa untuk mengembalikan nutrient yang hilang semasa padi hendak membesar. Akibatnya, banyak padi terhasil tetapi kurang nutrisi.

2. Pencemaran Bumi 

 Znalezione obrazy dla zapytania pencemaran bumi
Dunia kita sudah makin tercemar. Pencemaran telah menyebabkan pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air sungai dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran samada melalui pernafasan, sentuhan, pemakanan, pendedahan kepada cahaya matahari dan sebagainya yang akan  mempengaruhi kesihatan kita. Termasuklah juga kualiti hasil tanaman yang kita makan.

 Pencemaran alam termasuklah asap kereta, radiasi (henpon, komputer, barang letrik), asap kilang, habuk construction dan sebagainya. Ini semua menyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh kita & menyebabkan kanser!

3. Kebanyakan sayuran dan buahan disembur dengan racun perosak

 Znalezione obrazy dla zapytania racun perosak

Tanaman yang ditanam kebiasaannya disembur dengan racun perosak menjejaskan kualiti sayuran dan buahan tersebut. Buahan dan sayuran yang ditanam di tanam yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding tanaman yang ditanam secara organik. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di wax untuk memastikan ianya tahan lama.


4. Zat makanan mudah hilang
 
 Znalezione obrazy dla zapytania penyediaan makanan pada haba yang tinggi
Untuk menampung zat yang kurang dalam nutrisi, kita harus mengambil inesiatif lain seperti makan supplemen tambahan. Zat makanan mudah  hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, Vitamin C mudah termusnah oleh haba ketika proses memasak makan berlaku.  Vitamin C dan Vitamin E yang diperoleh daripada makanan semata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan kepada penyakit seperti kanser dn anti-penuaan.

5. Gaya Hidup yang kurang sihat 

 Znalezione obrazy dla zapytania gaya hidup tidak sehat

 Gaya hidup masyarakat sekarang yang sentiasa sibuk dan selalu nak cepat menyebabkan lebih ramai orang yang cenderung memilih makanan segera. Kadang -kadang ibubapa yang sibuk ni mengajar anak-anak untuk makan makanan segera. Ada juga yang selalu ‘skip’ makan ataupun makan saja apa-apa pun asalkan tak lapar. Ini juga menyebabkan pengambilan nutrien yang tidak seimbang. Ditambah lagi dengan sikap kurang bersenam dan kurang minum air menyebabkan tahap kesihatan seseorang semakin merosot secara perlahan-lahan.Tu yang muda-muda dah ada penyakit!


Mencegah lebih baik daripada Mengubati


Masa sekarang la kita kena menjaga kesihatan agar terhindar dr daripada segala penyakit dan tidak mudah jatuh sakit.

 Jadi, bila kesihatan dah bertambah baik, tidak perlulah kita bergantung kepada ubat tahan sakit atau apa-apa pil yang boleh mendatang kan kemudaratan kepada buah pinggang kita kelak. Melabur untuk vitamin adalah lebih baik daripada terpaksa bayar bil hospital dikemudian hari.

Setuju tak? Sebab itulah saya amat sarankan agar kita semua mengambil vitamin tambahan agar dapat menampung nutrisi yang kurang dalam diet seharian. Pilih la vitamin yang selamat dan semulajadi dan bukannya dari pada bahan kimia kerana terdapat lambakan vitamin yang ada di  pasaran sekarang.

Jadi pengguna yang bijak!Bertindak sekarang!

Znalezione obrazy dla zapytania mencegah lebih baik daripada merawat







Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE