SUNNATULLAH MENCARI REZEKI



Allah SWT memberi rezeki kepada burung, tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam sarang burung.

Dia menetapkan  bahawa burung itu mesti berusaha mencari rezekinya.

Sebab itulah setiap burung terbang keluar pada waktu pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut kenyang. Inilah Sunnatullah.

Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha. Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.” (Ar-Ra’d:11)

Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kualiti ikhtiarnya. Jadi, jika usaha kita cuma secawan, jangan mimpi nak dapat sebaldi. Kita tidak akan mampu menanggungnya nanti.

Sikap terbaik yang harus kita lakukan adalah gigih berikhtiar menjemput rezeki, diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT. Kita serahkan sepenuhnya kepada Nya.

Sungguh,Allah Maha Luas kurnia Rezeki-Nya.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita, berikan kesihatan yang baik, ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang melimpah ruah 😊

Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE