APAKAH KESAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON?


Punca utama seorang wanita mengalami ketidakseimbangan hormon ialah apabila beliau mengambil pil hormon sintetik atau bahan kimia yang menyerupai estrogen, sama ada dalam makanan, udara dan air; atau kerosakan dalam proses di detox hati dan juga tekanan (stres).

Bahan-bahan sintetik atau kimia yang menyerupai hormon estrogen ini dipanggil "xenoestrogens" banyak dijumpai di dalam plastik, racun perosak, bahan pencuci, pelarut dan air berklorin. Struktur kimianya menyerupai hormon estrogen dan menyebabkan keadaan estrogen yang berlebihan dalam tubuh.

Tubuh cuba mengeluarkan bahan-bahan xenoestrogen ini, namun ia tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana kuantitinya yang berlebihan, terlalu banyak yang perlu dikeluarkan dalam masa yang singkat.

Apabila terdapat peningkatan hormon estrogen, maka hormon menjadi rendah secara perbandingannya.


Sebab itu dalam pemeriksaan darah, tahap hormon estrogen dan progestrone adalah normal. Namun tindakbalas pada tisu dan organ reproduktif, tindakan hormon progetrone ini tidak berlaku dengan sempurna.

Tahap hormon progesteron yang rendah (berbanding dengan hormon estrogen) boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, gejala PMS, emosi yang tidak menentu seperti keresahan dan kebimbangan; rahim ada fibroid dan berat yang berlebihan dan mengalami fibrocystic dalam payudara.

Oleh itu cara terbaik ialah mengurangkan pendedahan terhadap "xenoestrogen" dan membantu organ hati mengeluarkannya (detoxifikasi) dengan segera.

Saya percaya suplemen seperti Ekstrak Kacip Fatimah, vitamin C dan E, Omega 3 yang merupakan sebatian anti-oksida dan anti-radang yang bagus dapat membantu fungsi sel-sel dalam organ hati untuk mengeluarakan hormon estrogen yang berlebihan.

Hanya organ hati ini yang dapat mengeluarkan lebihan hormon estrogen. Jika fungsi sel-sel hati ini terganggu dengan kehadiran sebatian pro-radang dan pro-oksida, sudah tentu lebihan hormon ini tidak dapat dikeluarkan.

Sebatian pro-oksida dan pro-radang ini banyak terdapat bahan kimia dalam makanan (seperti MSG, pengawet, gula yang diproses) pencemaran toksin dari alam sekitar, krosakan kuman baik dalam usus (probiotik), diet tinggi karbohidrate, ubat-ubatan, alkohol, nikotine (dalam rokok) dan kekurangan nutrien dalam pemakanan.

Selain dari itu, tekanan emosi boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, apabila lebih banyak hormon yang terlibat dalam proses tekanan (stress hormone) seperti adrenalin dan kortisol. Ini menyebabkan hormon-hormon penting yang lain seperti progesteron, estrogen, testosteron dan tiroid terpaksa dikorbankan.

Lebih banyak tekanan (stress) yang dialami oleh seseorang wanita itu, lebih banyak hormon stress yang dikeluarkan dan amat sedikit hormon estrogen dan progesteron yang dikeluarkan.
Inilah yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon, iaitu pendedahan kepada "xenoestrogen", kegagalan sel-sel hati menjalankan fungsi dengan baik dan masalah stress (tekanan emosi dan fizikal)

Ini menyebabkan seorang wanita itu mengalami sindrom pra-haid (PMS), haid yang tidak teratur, masalah kesuburan, lambat mempunyai anak, masalah payudara mempunyai penyakit fibrocystic, fibroid pada rahim dan menopaus pada usia yang lebih muda.

-Dr Zubaidi-

Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE