AWAS HYPERTENSI DAN KOLESTROL TINGGI PENYEBAB STROK DAN TIPS BERGUNA UNTUK ELAK SERANGAN STROK

Apa itu Strok atau Serangan Angin Ahmar?



Strok adalah keadaan apabila otak kehilangan bekalan darah sama ada kerana pembuluh darah tersumbat (trombosis), pembuluh darah menyempit (stenosis) ataupun pembuluh darah pecah yang menyebabkan pendarahan dalam otak.
.
Secara fakta strok adalah punca utama yang ketiga bagi kematian di Malaysia. Di seluruh dunia, strok adalah penyebab kedua paling biasa bagi kematian dan penyebab utama bagi kehilangan upaya bagi orang dewasa. Setiap tahun, jutaan orang menderita serangan strok. Ia juga antara empat penyebab utama kematian di negara-negara ASEAN, dengan jumlah kasar kematian antara 10.9/100,000 (Thailand) kepada 54.2 bagi setiap 100,000 (Singapura).
.
Stroke ibarat serang berjangka terutama bagi mereka yang mempunyai kolestrol tinggi dan glukos (gula) tinggi dan tekanan darah terlalu tinggi.
.

Mari Fahami Bagaimana Strok Berlaku:

Ada dua jenis strok yang dikenalpasti, iaitu strok iskemia dan strok berdarah.

Strok Iskemia berlaku bila pembuluh darah dalam otak tersekat oleh gumpalan darah beku di dalam pembuluh (trombus), plak aterosklerotik pecah, ataupun oleh emboli (darah beku yang bergerak dalam saluran darah yang kemudiannya tersekat di pembuluh darah otak).
.
Sementara Strok Berdarah pula berlaku apabila terdapat aneurisme (bengkak atau gelembung pada arteri) atau kecacatan pembuluh darah di otak pecah dan berlaku pendarahan ke dalam otak. Ia biasanya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
.
SEBENARNYA 80% DARIPADA SERANGAN STROKE BOLEH DICEGAH. TAPI BAGAIMANA?
.
Serangan strok dapat dicegah sekiranya setiap orang mengambil langkah bagi mengelak penyakit ini daripada berlaku. Sesiapa sahaja mungkin diserang strok tanpa mengira sama ada kita lelaki ataupun perempuan, muda ataupun tua, apa jua etnik kita.


Znalezione obrazy dla zapytania strok

TIPS BERGUNA UNTUK ELAK SERANGAN STROK:

.
1) Kawal tekanan darah sekiranya kita mempunyai penyakit darah tinggi. Setiap hari, pantau tekanan darah dan makan ubat yang diberi. Jangan mengatur sendiri ataupun berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
.
2) Berhenti Merokok! Perokok terdedah kepada risiko serangan strok dua kali ganda berbanding bukan perokok.
.
3) Kekalkan berat badan yang sihat.
.
4) Diet sihat dan seimbang.
.
5) Penghidap kencing manis perlu mengawal pengambilan gula secara optimum.
.
6) Dapatkan pemeriksaan bagi degupan jantung yang tidak normal.
.
7) Bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif.
.
8) Elak atau kurangkan pengambilan alkohol.

.
TANDA-TANDA KITA AKAN DISERANG STROK.


.
Sentiasa peka dan alert pada tanda-tanda awal sebelum strok kerana anda masih ada waktu untuk elakkan dari terjadinya stroke. Antara tanda-tanda yang harus anda tahu adalah:
.
1) Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan, ataupun kaki terutamanya jika hanya pada sebelah bahagian badan sahaja.
.
2) Tiba-tiba sukar menelan.
.
3) kurang sedar secara tiba-tiba, mengantuk, sukar bercakap atau memahami percakapan.
.
4) Tidak dapat melihat sama ada dengan sebelah mata atau kedua-dua belah mata.
.
5) Tidak stabil apabila berjalan, pening, hilang keseimbangan atau koordinasi.
.
6) Sakit kepala yang teruk dan tidak diketahui puncanya, disertai dengan muntah dan mual.
.
.
Apakah yang akan berlaku sekiranya kita ataupun mereka yang tersayang diserang strok?
.

Meskipun dengan penjagaan kesihatan yang terbaik, sebanyak dua per tiga penderita strok akan meninggal dunia kerana penyakit ini atau komplikasi daripada penyakit ini; ataupun mengalami hilang upaya kekal. Serangan strok adalah antara perkara yang teruk yang dapat berlaku dalam hidup pesakit dan mereka yang tersayang. Pesakit strok dan keluarga mereka memerlukan sokongan kita untuk pulih.
.
Proses pemulihan daripada strok adalah suatu proses sepanjang hayat. Usah lemah semangat seandainya mereka memerlukan masa yang panjang untuk pulih daripada serangan strok. Setiap pesakit mempunyai tempoh pulih masing-masing. Lebih awal proses pemulihan bermula – lebih baik hasilnya. Sekiranya ada insan tersayang kita yang diserang strok, banyak perkara yang dapat kita buat sebagai penjaga.
.
.
Kenal pasti risiko kemudian kawal ataupun hentikan ia – sekiranya tidak, strok mungkin menyerang semula. Perkara terpenting yang kita dapat buat selepas serangan strok adalah mengelak strok seterusnya, yang dapat menyebabkan kerosakan lebih teruk pada otak dan kecacatan juga semakin memburuk.
.
Pastikan mereka bergerak – banyak pesakit strok tidak meninggal dunia hanya semata-mata kerana strok. Mereka meninggal dunia kerana komplikasi tidak dapat bergerak. Letakkan pesakit dalam posisi duduk dan bantu mereka menjalani fisioterapi secara tetap supaya mereka dapat bergerak dengan lebih baik.
.
Jangan lupa makan ubat – pesakit strok perlu mengambil ubat agen penipisan darah dan pengurangan kolesterol sepanjang hayat mereka. Ubat-ubat ini membantu dalam mencegah serangan strok berulang. Mereka juga perlu memantau tekanan darah dan gula secara tetap.
.
Elakkan daripada terjatuh dengan mengambil langkah berjaga-jaga – Pesakit strok mudah terjatuh. Mereka mungkin tercedera apabila itu berlaku. Kita perlu membuat perubahan di rumah bagi mengelakkan mereka terjatuh. Sekiranya insan tersayang kita jatuh lebih daripada dua kali dalam masa sebulan, dapatkan nasihat doktor bagaimana mengelak kejadian ini berlaku lagi.
.
Perhatikan sekiranya berlaku kemurungan – Banyak pesakit strok mengalami kesukaran bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas strok. Bagi seseorang yang aktif dan berdikari, dia mudah kecewa apabila dia perlu terbaring sahaja di katil dan bergantung pada orang lain selepas serangan strok. Kemurungan yang dialami oleh pesakit strok dapat menghalang proses pemulihan kerana dia hilang motivasi. Dapatkan bantuan sekiranya kita lihat sebarang perubahan pada mood atau tingkah laku mereka.
.
Dapatkan sokongan daripada orang lain dan jaga diri kita sendiri – Tekanan juga dapat memberi gangguan kepada penjaga. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga yang lain dan masyarakat setempat. Ambil giliran dengan penjaga lain untuk berehat. Sebagai penjaga, kita juga mempunyai hak bagi mendapat rehat yang cukup. Pastikan kita makan makanan yang seimbang, bersenam, ataupun keluar bersosial untuk kita kekal positif.



Jum kita ikuti kisah benar dari Puan Hafza Aein.


Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Sila like dan share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama.







Keistimewaan Vivix Shaklee


Memperbaiki DNA.


Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Harga sebotol Vivix RM475 free postage.
Pembelian 2 botol dapat harga yang istimewa, free membership, cash rebate RM38 dan free postage.
Untuk order boleh wassap ke http://www.wasap.my/60136192597


SHAKLEE Independent Distributor
Suhaida (ID 1226869)
No Tel: 013-6192597
Email: sitisuhaidaismail@yahoo.com
COD area: Usj, Taipan,Sunway Pyramid, Taman Medan dan sekitarnya.
COD boleh dipertimbangkan: Shah Alam, Subang Jaya, Putrajaya dan Puchong


Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE