PENTINGNYA FOLIC ACID UNTUK KESUBURAN & KEHAMILAN

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil folic acid sebagai langkah persediaan untuk hamil.

Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini❓



Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan folic acid ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

APA ITU FOLIC ACID❓

Folic Asid atau folate juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru & membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.


Kajian terbaru dari John Hopkins Bloomberg school of Public Health menyatakan asid folik boleh menyebabkan risiko anak mendapat autisme

***********************************************

Di sini saya ingin menerangkan kenyataan tersebut :

Terdapat banyak bukti saintifik yg menujukkan asid folik dapat mengurangkan risiko mendapat kecacatan tiub neural seperti spina bifida. Pertubuhan kesihatan sedunia termasuk RCOG, menyarankan agar wanita mengambil asid folik ketika sedang cuba untuk hamil dan ketika di peringkat awal kehamilan. Dalam kajian terbaru seperti di atas, wanita yang mengambil dos rendah asid folik tidak medapat anak yang mempunyai autisme, manakala wanita yang mengambil asid folik dalam dos yang tinggi mendapat anak yang mempunyai autisme. Pengkaji dalam kajian tersebut, mengakui kelebihan dan faedah yahg didapati dari suplemen asid folik ini, dan TIDAK menyuruh wanita dari BERHENTI mengambil asid folik.

Keputusan dari kajian yang kecil ini perlu diambil secara berhati-hati kerana asid folik dan kaitannya dengan autisme MASIH TIDAK DIKETAHUI. Walaubagaimanapun, wanita digalakkan untuk mengambil dos yang disarankan sahaja setiap hari, tapi tidak melebihi dos yg sepatutnya. Perkaitannya dengan autisme masih perlu dikaji lagi.


Semua wanita disarankan untuk mengambil 400microgram asid folik setiap hari ketika sedang cuba untuk hamil, dan diteruskan sehingga minggu ke 12 kehamilan. Dos yang lebih tinggi hanya untuk sesetengah kumpulan wanita seperti mereka yang mempunyai diabetes.

Polisi permakanan yang memastikan roti ditambah dengan asid folik diperlukan sebagai inisiatif kesihatan awam untuk memastikan tiada kekurangan zat asid folik dikalangan ibu hamil. Ini penting lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai pola permakanan yang tidak memuaskan atau mempunyai sosioekomi yang kurang memberangsangkan, juga kepada mereka yang tidak merancang kehamilan

Jangan cepat melatah dan BERHENTI menakut-nakutkan orang ramai dan ibu-ibu hamil mengenai Asid Folik & Autisme

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi


.PENTINGNYA FOLIC ASID
.
Buat wanita yang ingin hamil TOLONGLAH makan Asid Folik 3 BULAN SEBELUM HAMIL/SEBELUM BERKAHWIN .
.
Ramai ingat, Asid Folik hanya perlu dimakan masa pregnant, sebenarnya TIDAK. Asid Folik bertindak mengelakkan bayi terkena kecacatan pada saraf tunjang dan otaknya - Neural Tube Defects (NTD) .
.

Kenapa masa nenek nenek kita dulu tak makan Asid Folik, baby lahir ok ja? Jawapannya, kaji pemakanan anda, jika pemakanan anda sihat macam pemakanan nenek nenek dulu ,so tak perlulah makan. Beza.... environment dan lifestyle org dulu tak sama dengan kita .
.
✅Bayi lahir tanpa tempurung kepala (Anencephaly) .
✅Bayi bonjol di bahagian leher (Encephalocele) .
✅Bonjolan di bahagian tulang belakang bayi (Spina Bifida) .
.
Dengan memakan Asid Folik, ibu hamil boleh mengelakkan risiko tersebut sebanyak 75% ! .
.
💊 Bila perlu makan Asid Folik? .
.
3 bulan sebelum merancang kehamilan.. Maknanya, 3 bulan sebelum bergelar isteri atau 3 bulan sebelum hamil .
.
So future mommies, please do take note. Sayangkan lah anak yang anda tengah kandungkan atau anak yang bakal ada dalam rahim anda nanti .
.
(Supplement Shaklee yang mengandungi Folic Acid: B COMPLEX & VITA-LEA)
.

Pengedar Shaklee
Suehaidaismail
013-6192597
.
.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE