7 JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL

Tahu tak penjagaan pemakanan semasa hamil sangat memberi kesan kepada pertumbuhan bayi. Dari ibu turun ke bayi. Ibu yang kurus berisiko untuk melahirkan bayi yang tak cukup berat dan kurang nutrisi. 

Jangan ambik enteng soal pemakanan ni!

Penjagaan pemakanan ini harus diteruskan ketika berpantang. Para ibu boleh mengambil sayur-sayuran, makanan kaya protein seperti ikan atau ayam juga banyakkan minum air kosong bagi mengelak sembelit dan memastikan susu badan sentiasa ada.


“Ramai beranggapan makanan dalam pantang harus dicatu dan hanya makan ikan masin. Sebenarnya tidak, amat penting ibu mengambil makanan berkhasiat bukan sahaja untuk kesihatan dirinya tetapi juga bayi juga,” katanya.

JENIS MAKANAN YANG PERLU DIAMALKAN KETIKA HAMIL

1. Daging tanpa lemak
Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. Seeloknya, cari daging tanpa lemak, tetapi elakkan makan daging diproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi yang baik. Bahkan, ada risiko kecil untuk ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.

2. Kekacang dan bijian
Mengantuk ketika hamil perkara yang sering berlaku. Sekiranya anda sedang bekerja elakkan mengambil kudapan yang tidak berkhasiat sebaliknya bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.
Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stres ketika hamil.


3. Sayuran berdaun hijau
Manfaat sayuran untuk wanita hamil memang tidak dapat dinafikan terutama sayuran berwarna hijau tua. Bayam terutama sarat vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C dan K serta folat yang sangat penting untuk tubuh. Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan agar semua toksin dapat disingkirkan daripada badan.

4. Buah aneka warna
Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih. Ini bagi memastikan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh.

5. Kurma
Kurma salah satu makanan sunnah yang terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil. Sebab itulah ia menjadi makanan pelengkap yang cukup popular pada ketika puasa. Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawat sembelit.
Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung. Namun harus diambil dalam jumlah yang disyorkan sahaja.

6. Susu dan makanan berkalsium tinggi
Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).
Bagi yang alah dengan susu mereka boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan dadih.


7. Air kosong
Walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh. Malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil. Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.




CADANGAN MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU HAMIL


Set Hamil Shaklee adalah salah satu set paling laris buat pelanggan SI. Alhamdulillah murah rezeki semua ye. hehe. ok lah since ramai yang tanya apa set terbaik semasa hamil SI share sini vitamin yang diperlukan serta fungsi nya ye. 



SET HAMIL BASIC (BCOMPLEX, VITALEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX)


B Complex 

  • Sumber Asid Folic : 400mcg harian sebelum konsepsi dan semasa awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehinggan 70%. 
  • Menyokong sistem saraf sihat 
  • Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah
  • Penghasilan tenaga

Vita-lea Iron Formula
  • Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga
  • Sumber Zat besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dalam wanita mengandung dan ibu menyusu
  • masa trimester terakhir fetus menyerap zat besi dari ibu
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang
  • Hemoglobin : mengangkut oksigen dalam darah (ibu dan bayi)
  • Kuantiti darah meningkat semasa kehamilan
Vitamin C
  • Sebagai sistem imum membantu lawan jangkitan dan penyakit (bagi wanita hamil, pantang dan menyusu bayi)
  • Penghasilan kolagen - membina tulang rawan dan otot-otot dan tulang fetus
  • Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids , hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan vitamin C
Ostematrix
  • Kalsium untuk tulang kuat dan sihat(40% daripada susu ibi mengandungi kalsium)
  • Membantu mengasimilasikan kalsium kedalam tulang dan menguatkan
  • merangsang penyerapan kalsium
  • Bantu dalam metabolisme tulang
  • Mengaktifkan enzime yang menbantu dalam pembinaan kepadatan tulang

SET HAMIL PREMIUM (SET HAMIL BASIC + ESP + OMEGA GUARD)

ESP
  • Sumber protein yang mengandungi asid-asid amino lengkap termasuk 9 asid perlu
  • Bebas laktosa secara semulajadi
  • Bebas kolesterol secara semulajadi
  • soya tidak diubah suai secara genetik(GMO)
  • Membantu penghasilan susu ibu
  • Trimester ke 2 & 3 bayi sedang berkembang dengan pantas
  • blok-blok pembinaan asas ibu & bayi

Omega Guard
  • EPA dan DHA memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi bagi ibu hamil
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi yang dikandung
  • Mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA. 



Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Suhaida Ismail di saluran berikut ( klik sini )

Call / sms : 013-6192597
Email : sitisuhaidaismail@yahoo.com
Pengedar Shaklee (SID : 1116492) Di Putra Height, Subang Jaya Usj, Sunway, Sentul dan Gombak.


Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE