TIPS ATASI BENGKAK SUSU DENGAN BERKESAN. CUBA LAH!
PUNCA SUSU TERSUMBAT DAN MENYEBABKAN BENGKAK.
Punca susu tersumbat dan menyebabkan bengkak susu terjadi apabila salah satu saluran susu dalam payudara telah tersumbat.
Ibu-ibu boleh faham dengan jelas dengan melihat contoh gambarajah dibawah ini.
Bengkak susu yang disebabkan oleh salur susu tersumbat boleh terjadi kerana:
1. Tidak amalkan 2 jam sekali pam, bila payudara dah penuh baru nak pam. Jangan diamalkan.
2. Stress.
3. Tidur yang tidak cukup.
4. Cara bayi melekap pada puting yang salah.
5. Jangkitan kuman atau mastitis.
6. Susu kering tebal dibahagian puting, susu dari bahagian dalam susah untuk keluar.
7. Pemakaian bra yang ada underwire.
8. Apabila tangan terhimpit pada saluran payudara contoh ketika tidur.
Semua ibu-ibu akan mengalami bengkak susu kerana ia adalah normal dan untuk merawatnya juga adalah mudah.
Cuma dinasihatkan elakkan dari biarkan bengkak susu berlarutan hingga boleh menyebabkan demam.
Malah boleh terjadinya jangkitan kuman sampai nak kene operation.
BAGAIMANA MEMULIHKAN BENGKAK SUSU
"Sakitnyaa bengkak susu,camne nak buat ni? Bagaimana nak memulihkan bengkak susu?"
Saya yakin, ramai mommies mesti pernah alami ini, especially first time mommies. Memang sakit even nak pakai bra pun tak sanggup. Tapi jangan risau,bengkak susu ni bukanlah penyakit,tetapi berita gembira sebenarnya.
Kenapa?
Bengkak susu ialah tanda positif anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. Perkara ini berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
Jadi,selalunya ketika bengkak susu, bayi akan sukar untuk melekap pada payudara anda kerana areola( kawasan kulit gelap disekeliling puting) sangat keras.
Jadi bagaimana memulihkan bengkak susu ni?
1) Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.
2) Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Selang selikan payudara.Pada sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.
3) Letakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah untuk memudahkan pengeluaran susu. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.
4)Perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul.
5) Jika masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.
Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan usaha!
Tips : Boleh juga amalkan B Complex, Vitamin C dan Lecithin utk mengelak dari terkena bengkak susu.
Tips sampingan :Pakailah bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.Elakkan bra yang berdawai.
Suhaida
013-6192597
Semoga membantu mommies2 diluar sana ^_^



saya pernah rasa bengkak susu, sampai demam.. huu~ masa tu tak kenal shaklee lagi.. menanggung sakit, Tuhan jek tau..
ReplyDelete