BATUK 2 MINGGU BERTERUSAN TANDA ANDA MENGHIDAP PENYAKIT TIBI. KETAHUI RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHANNYA

PENYAKIT TIBI


APAKAH PENYAKIT TIBI?

* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya


BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?


* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.


TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI 


*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.





FAKTA PENTING TIBI

- Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.
- Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan.
- Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.
- Jalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar berkaitan penyakit tibi dengan segera apabila mengalami simptom.
- Gunakan topeng mulut dan hidung apabila berada di kawasan awam terutama apabila anda mengalami batuk atau selsema.
- Doktor di klinik awam perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom sebenar tibi dan menasihatkan pesakit bertemu pakar.



KENAPA PENYAKIT TIBI MAKIN MENINGKAT


SALAH SATU PUNCA IALAH PENINGKATAN KEMASUKAN WARGA ASING

Terdapat pelbagai punca peningkatan penyakit tibi, salah satunya adalah disebabkan kerintangan kuman terhadap rawatan. Kerintangan kuman terhadap rawatan berlaku akibat dari pesakit yang tidak mematuhi rawatan tibi dan gagal menamatkan rawatan.

Selain itu, peningkatan golongan yang berisiko yang mengalami rendah imun tubuh badan juga merupakan antara punca peningkatan kes ini. Golongan yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jankitan TB termasuklah:

- Bayi, kanak-kanak, dan golongan tua;
- Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan seperti penghidap penyakit HIV, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir (end stage renal failure) atau pesakit penyakit kanser;
- Pesakit yang mengambil rawatan steroid atau rawatan yang menrendahkan tahap daya ketahan badan seperti pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ, pesakit Systematic Lupus Erythemotosus SLE/rheumatoid, Crohn’s, Ulcerative Colitis, psoriasis dan sebagainya;
- Pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi.


Sumber diperoleh dari http://www.sabah.edu.my/stmarysd/tibi.html



CARA MERAWAT PENYAKIT TIBI (TB) SUPAYA TIDAK BERJANGKIT


Kita selalu dengar tentang penyakit Tibi (TB), tapi setakat mana kita tahu tentang TB?

Penyakit biasa-biasa atau serius?

TB atau bahasa saintifiknya Tuberculosis, dikenali sebagai batuk kering. Ya, TB adalah penyakit batuk kering. TB sangat bahaya, mudah berjangkit dan jika dibiarkan boleh membawa maut. Fuh, memang bahaya!

Punca dan Cara TB Berjangkit


TB berpunca dari sejenis kuman TB (Tubercle Bacili) yang boleh menjangkiti paru-paru, tulang, buah pinggang, kelenjar, kulit dan selaput otak.

Cara jangkitan pula adalah melalui kuman TB itu sendiri yang tersebar melalui udara. Sama ada melalui pesakit TB yang batuk atau bersin atau menyedut udara tercemar dan terdedah dengan kuman TB.

Pesakit TB yang lambat mendapatkan rawatan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan penyakit TB di negara kita.

Faktor lain yang menyumbang kepada penyakit TB pula adalah dari pendatang asing yang masuk tanpa melalui saringan kesihatan. Kalau kita selalu ke pasar malam atau tempat-tempat yang dipenuhi pendatang asing, lebih baik kita berhati-hati.

Apakah Yang Boleh di lakukan untuk mencegah jangkitan Tibi?


Vaksinasi BCG
• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah

Saringan Golongan Berisiko Tinggi
• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.

Semua orang tidak kira umur, berisiko mendapat penyakit TB jika terdedah dengan faktor dan cara jangkitan di atas. Orang yang mempunyai sistem imun (sistem pertahanan badan) yang lemah, kuman TB akan aktif dan mudah membiak.

Orang yang mempunyai sistem imun yang kuat tidak terkecuali, kuman TB masih ada di dalam badan, cuma ia tak dapat aktif.


Cara Kesan Penyakit TB dan Rawatan Hospital


Terdapat beberapa kaedah untuk mengesan penyakit TB. Cara pertama adalah melalui pemeriksaan kahak. Kedua melalui pemeriksaan X-Ray dan yang ketiga adalah Mantoux Test (untuk ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan pesakit TB).

Rawatan bagi pesakit TB pula memang ketat dan dipantau. Pesakit akan menjalani rawatan selama 6 bulan berturut-turut supaya semua kuman TB di dalam dan luar sel terhapus sepenuhnya.

2 bulan pertama pesakit perlu makan setiap dos ubat disaksikan pegawai kesihatan terlatih. Manakala 4 bulan seterusnya, pesakit perlu ambil ubat 2 kali seminggu di bawah pantauan juga.

TB dan Supplemen Shaklee


Bagaimana suplemen Shaklee dapat mengurangkan gejala TB? Ok, jom tengok apa fungsi setiap suplemen Shaklee yang saya syorkan untuk pesakit TB:

Vivix

Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan salur pernafasan. Resveratol juga mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita.

Nutriferon

Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.

Garlic Complex

Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan infeksi paru-paru. Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Omega Guard

Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan.




PANDANGAN MEREKA YANG MENCUBA VIVIX






BAGAIMANA ANDA IGIN DAPATKAN VIVIX DENGAN HARGA PROMOSI? 


Jika anda ada masalah seperti beliau boleh lah ikhtiar dengan amalkan suplemen di atas.


Cara 1
Beli secara online di laman eSell (klik sini). Set Immune Booster Shaklee akan dihantar terus oleh pihak Shaklee (M) selepas pembayaran diterima.

Cara 2
Hubungi saya di talian 013-6192597 , untuk saya bantu anda buat pembelian, pendaftaran ahli untuk lebih penjimatan, dan pertanyaan lanjut. Jujurnya, saya lebih recommend cara no. 2 kerana lebih jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee.

CARA 3
Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya Usj anda boleh dapatkan produk ini secara COD. untuk Pertanyaan, Tempahan dan Temujanji

Call/ Whatsapp : 013-6192597
Email : sitisuhaidaismail@yahoo.com
FB : Siti Suhaida Ismail



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE