KOLESTROL: PUNCA, GEJAGA DAN CARA MENURUNKAN PARAS KOLESTROL DENGAN BERKESAN



Kolesterol tinggi merupakan salah satu penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat. Ia selalu dihadapi bagi mereka yang berisiko seperti orang yang berlebihan berat badan, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kolesterol tinggi dan juga mereka yang sedang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.


Anda panggilnya kolesterol tinggi. Tetapi doktor memanggilnya sebagai hypercholesterolemia. Masalah ini boleh dirawat. Tetapi ia memerlukan perubahan terhadap gaya hidup individu tersebut.
Tujuan rawatan ataupun perubahan cara hidup itu adalah untuk mengurangkan kolesterol yang berbahaya kepada badan. Dengan berbuat sedemikian, anda akan mengurangkan risiko untuk terkena serangan sakit jantungdan juga angin ahmar.

Punca Kolesterol Tinggi

Kolesterol adalah salah satu jenis lemak yang dihasilkan dalam badan. Ia juga boleh berasal daripada makanan yang kita makan.
Majoriti daripada kenaikan kolesterol dalam badan kita adalah berasal daripada gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang diambil oleh kita. Pengambilan makanan yang mempunyai kolesterol hanya sedikit mempengaruhi bacaan kolesterol dalam badan.
Beberapa makanan yang perlu anda kurangkan untuk mengelakkan kolesterol jahat meningkat di dalam badan adalah:
  • Gula dan makanan manis
  • Ais krim
  • Majerin
  • Butter
  • Pastri
  • Daging merah
Perlu diketahui gula itu sendiri tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Jika ia tidak diguna oleh badan, ia akan ditukarkan samada menjadi kolestrol ataupun lemak.
Manakala pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolesterol dalam badan jika ia tidak digunakan.
Sebab itu punca utama dalam masalah kolesterol ini adalah pemakanan dan juga gaya hidup. Bermaksud jika anda asyik mengambil makanan yang akan meningkatkan kolesterol dalam badan juga mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan tidak selalu bersenam, maka kolesterol dalam badan akan meningkat.
Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah pesakit yang mengalami kolesterol tinggi disebabkan keturunan (Familial hypercholesterolemia). Di dalam pesakit ini, terdapat genetik yang meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan dengan sendirinya

Lemak Trans vs Lemak Tepu

Ramai daripada orang ramai tidak tahu bahawa marjerin merupakan lemak trans yang kesan buruknya lebih teruk daripada pengambilan lemak tepu seperti butter.
Majerin sebagai contohnya merupakan lemak trans dimana ia berasal daripada lemak tumbuhan iaitu lemak tidak tepu. Sebelum diproses, lemak tidak tepu ini berada dalam keadaan cecair seperti minyak. Tetapi selepas proses penghidrogenan dijalankan, sesetengah daripada lemak tersebut akan berubah menjadi lemak tepu dan yang lain pula menjadi lemak trans. Lemak jenis ini selalunya berada dalam keadaan pepejal.
Lemak trans inilah yang akan memberi kesan buruk ke atas badan kita. Ia akan meningkatkan kolesterol dalam badan serta meningkatkan risiko untuk terkena sakit jantung dan angin ahmar. Di US kini, lemak trans menjadi punca utama kepada masalah sakit jantung yang melanda negara tersebut. Ia diterukkan lagi jika seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat

Simptom dan Tanda Tanda Kolesterol Tinggi

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi pada mulanya tidak mengetahui mereka mempunyai masalah tersebut. Kerana selalunya kolesterol yang tinggi tidak menghasilkan apa-apa simptom kepada pesakit.


Sehinggalah anda kena samada sakit jantung, angin ahmar ataupun tekanan darah tinggi.
Ada juga tanda tanda kolesterol tinggi yang lain. Beberapa adalah:
  • Tendon Xanthoma. Ianya merupakan benjolan kolesterol yang melekat pada sendi. Tanda ini spesifik untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi disebabkan keturunan (Familial hypercholesterolemia)
  • Xanthelasma. Ia merupakan benjolan kolesterol di sekeliling mata. Tetapi tidak semestinya mereka yang mempunyai tanda ini sedang mengalami kolesterol yang tinggi.

Faktor risiko serangan sakit jantung

Bacaan kolesterol yang tinggi sedikit bagi mereka yang tidak mempunyai masalah lain adalah tidak mengapa. Tetapi jika mereka mengalami masalah berikut, maka dinasihatkan untuk mengurangkan bacaan kolesterol kerana ia boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Faktor risiko tersebut adalah:
  • Umur: Melebihi 45 tahun bagi lelaki dan 55 tahun bagi wanita
  • Sejarah keluarga yang menunjukkan pernah berlakunya serangan sakit jantung(Untuk golongan lelaki, serangan sakit jantung kurang daripada 55 tahun. Untuk wanita, serangan sakit jantung pada umur kurang daripada 65 tahun)
  • Merokok
  • Mempunyai tekanan darah tinggi(lebih daripada 140/90)
  • Kencing manis

Rawatan Kolesterol Tinggi

Rawatan bagi pesakit yang mempunyai kolesterol yang tinggi terbahagi kepada 2 iaitu perubahan gaya hidup dan juga pemberian ubat
Perubahan gaya hidup
Perubahan gaya hidup adalah merujuk kepada perubahan dalam pemakanan, pengurangan berat badan, aktiviti fizikal yang berkala, berhenti merokok dan mengurangkan atau memberhentikan pengambilan alkohol.
Untuk pesakit yang tidak mempunyai faktor risiko, rawatan kolesterol tinggi akan ditumpukan pada rawatan perubahan gaya hidup
1. Perubahan dalam pemakanan
Disebabkan lemak trans dan juga lemak tepu boleh menyebabkan kolesterol jahat menjadi tinggi, pesakit dinasihatkan untuk mengurangkan makanan jenis ini.
Makanan tersebut ada disenaraikan dalam bahagian punca kolesterol di atas.
Pesakit juga perlu mengurangkan pengambilan gula kerana ia juga meningkatkan bacaan kolesterol.
Pesakit dinasihatkan untuk mengambil sayur dalam kuantiti yang lebih berbanding makanan yang mengandungi karbohidrat ataupun lemak
Pengambilan minyak omega 3 juga terbukti mengurangkan kolesterol jahat di dalam badan.


2. Mengurangkan berat badan
Perkara ini adalah penting bagi pesakit yang mengalami berat badan yang berlebihan. Kajian menunjukkan mereka yang mengurangkan berat badan akan mengurangkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolestrol baik.
3. Melakukan aktiviti fizikal secara berkala
Peningkatan aktiviti fizikal dan pengurangan berat badan akan menambahkan lagi kesan pengurangan kolesterol jahat dalam badan. Ia juga akan menyebabkan tekanan darah menjadi normal, kawalan gula lebih elok dan kolesterol jahat menjadi rendah.
Senaman perlulah dilakukaan secara berkala iaitu 3 kali dalam seminggu
4. Berhenti merokok dan alkohol
Merokok merupakan salah satu faktor risiko yang kuat untuk menyebabkan seseorang itu terkena sakit jantung ataupun serangan strok. Mengurangkan pengambilan alkohol juga mampu mengurangkan bacaan kolesterol jahat dalam darah
Ubat
Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan kolersterol dalam darah.Ianya adalah:
  1. HMG CoA Reductase Inhibitors. Fungsi ubat ini adalah untuk merencat penghasilan kolesterol dalam badan. Ia diberi waktu sebelum tidur kerana hanya kolesterol banyak dihasilkan ketika seseorang tidur. Contoh ubat ini adalah Lovastatin, Simvastatin dan Atorvastatin
  2. Fibrate. Beberapa jenis ubat tersebut adalah Fenofibrate dan juga gemfibrozil
Rujukan:
https://thediagnosa.com/kolesterol-tinggi-punca-tanda-rawatan/


[RESVERATROL BANTU STABILKAN BACAAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN KOLESTROL EMAK]
.

Assalamualaikum. Saya Wan Zainab bt Wan Muhammad. Saya ingin ceritakan Shaklee Effect ibu saya.
.

Emak saya mengalami masalah darah tinggi dan masalah ini sudah lama dialami beliau. Kesihatan beliau sering terganggu.
.

Emak saya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 11 orang anak. Sekarang adalah waktu rehat beliau, memandangkan anak2 sudah besar.
.

Beliau kerap demam, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Emak saya seorang yang anti kepada perubatan moden. Jika demam atau tak sihat, beliau akan ke perubatan alternatif.
.

Sehingga satu hari, beliau sangat sakit kepala walaupun dah ambil ubat perubatan alternatif. Lalu, kami anak-anak menyuruh ibu ke klinik biasa berjumpa doktor.
.

Alangkah terperanjatnya, tekanan darah emak sangat tinggi. Doc bekalkan ubat darah tinggi. Kolestrol beliau juga tinggi.
.

Lalu saya sarankan emak amalkan Vivix disamping amalkan ubat yang doktor beri. Selepas 6 bulan, beliau buat ujian darah sekali lagi.
.

Alhamdulillah, result ujian darah emak sangat bagus. Bacaan kolestrol turun dan bacaan darah pun turun. Beliau mula amalkan makanan sihat dan jaga kesihatan sungguh-sungguh.
.

Selepas itu, beliau stop vivix. Sebab dah rasa lebih baik. Tapi beliau silap, bila buat ujian darah untuk next appoinment, result kolestrol naik semula. Walaupun dah makan makanan sihat, tapi ianya tak membantu.
.

Emak mahu amalkan vivix semula dan juga Pyhtocol ST untuk masalah kolestrol beliau. Alhamdulillah, sekarang dah 2 botol Vivix beliau amalkan. Emak semakin sihat dan tiada sakit kepala lagi.
.


Saya sangat bersyukur kerana emak kembali sihat. Terima Kasih Allah.  Terima kasih Shaklee.



Sebelum kita kena kolestrol atau sebelum di prescribe oleh doktor. Sebeb tinggi kolesterol.

Kita cegah awal dulu. Perhati kan dan berhati hati tidak terlebih makan. Kesan kolestrol tinggi.

Buat senaman dan berpeluh

Eat healthy life healthy you are happy 😘


BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU MEREKA?


Jika anda ada masalah seperti beliau boleh lah ikhtiar dengan amalkan suplemen di atas.


Cara 1
Beli secara online di laman eSell (klik sini). Set Immune Booster Shaklee akan dihantar terus oleh pihak Shaklee (M) selepas pembayaran diterima.

Cara 2
Hubungi saya di talian 013-6192597 , untuk saya bantu anda buat pembelian, pendaftaran ahli untuk lebih penjimatan, dan pertanyaan lanjut. Jujurnya, saya lebih recommend cara no. 2 kerana lebih jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee.

CARA 3
Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya Usj anda boleh dapatkan produk ini secara COD. untuk Pertanyaan, Tempahan dan Temujanji

Call/ Whatsapp : 013-6192597
Email : sitisuhaidaismail@yahoo.com
FB : Siti Suhaida Ismail



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE