PRODUK SKINCARE YANG ADA KELULUSAN KKM DAN CARA UNTUK SEMAK


Sekarang ni terlalu banyak lambakan produk kecantikan di pasaran bak cendawan tumbuh selepas hujan. Lagi lagi duta nya yang ada populariti kat market, cepat la laris. Pelbagai tagline yang hebat dan buat orang terpaku seperti boleh putih dalam masa 7 hari. Wey 7 hari boleh ke nak terus jadi putih. Ingat ni kulit bawang hehe.

Sebelum kita memilih produk kecantikan ni, wajib kita periksa sama ada ianya ada kelulusan KKM atau pun tidak. Takut nanti kulit wajah rosak akibat tersalah guna produk.

Ada pelanggan saya berkongsi cerita bahawa kakaknya pakai elok saja, bila dia pakai makin teruk jadinya. Tak pasal pasal kena keluarkan kos untuk rawatan kulit muka. Dah la kema pakai topeng keluar rumah takut orang tengok kulit muka sah rosak ni.

Jadi, jum saya ajarkan macam mana nak semak peoduk kecantikan yang ada kelulusan KKM sebelum melaburkan wang untuk membeli mana mana skincare di pasaran.

BAGAIMANA NAK SEMAK PRODUK SKINCARE YANGA ADA KKM?



1) Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my



NPRA ialah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Untuk menyemak kelulusan produk suplemen juga melalui laman web yang sama.

Jika mahu menyemak produk selain Shaklee pun boleh juga.

2) Pilih ‘Consumers’ -> 'Products Search


Anda akan nampak seperti ini:



3) Pilih ‘Cosmetic’ untuk menyemak skincare

Boleh pilih ‘Pharmaceutical’ jika mahu menyemak produk suplemen (bukan skincare).
Mudah kan?

4) Pilih 'Product Name'

Di bahagian 'Search by', ada beberapa pilihan:
  1. Product Name 
  2. Notification Number 
  3. Holder Name 
  4. Manufacturer Name 
  5. Importer 
Pilih 'Product Name' supaya mudah untuk membuat carian.

5) Masukkan nama produk yang ingin disemak

Contohnya : Shaklee Youth. Akan keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘Shaklee Youth’ tadi.


Inilah hasil carian tadi. Semua produk dalam rangkaian YOUTH Skincare dari Shaklee telah didaftarkan termasuk YOUTH Restoring Eye Treatment yang akan mula dijual pada 1 Oktober 2018.

Jadi, kalau produk yang anda cari terdapat di dalam senarai ini, bermakna produk tersebut mempunyai kelulusan KKM. 

Jika nama produk yang anda cari tiada dalam senarai, anda perlu semak dengan pengedar produk tersebut atau lari jauh-jauh dari membelinya :)

Jadilah pengguna bijak!

Suhaida
1116492
Pengedar Shaklee sejak 2013



Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE