Anak disahkan mengalami Mycoplasma Pneumonia, tapi ibu ini menolak untuk buat pembedahan


Sekarang musim Influenza dan virus menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya


Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan. 



Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah. 

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
- SESAK NAFAS 
- NAFAS LAJU 
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN 
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN 
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM 
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA) 

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah 
- SAKIT DADA 
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN 
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN 
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE-6

Shima Zainal

Kali ini, Shima nak share testimoni dari anak Shima sendiri, iaitu Muhammad Syafi Aisy. Aisy dilahirkan pada 28 Februari 2015. Di awal kelahirannya, Aisy dijangkiti sakit mata, dimana mata nya bertahi dan penuh keliling mata. Gara-gara berjangkit dari ummi dan neneknya waktu itu. Seminggu Aisy dimasukkan ke wad untuk menerima antibiotic selama 5 hari. Mungkin kerana itu, sistem imunisasi badan Aisy agak lemah.

Aisy mudah sangat dijangkiti selsema, demam. Kalau travel ke mana-mana, perjalanan jauh dan memenatkan, balik tu Aisy akan demam, selsema.

Sehingga ke satu masa, Dec 2017, Aisy dimasukkan ke wad buat kedua kalinya kerana deman on and off pada suhu yang agak tinggi. Walaupun dah ambil antibiotic Augmentin, demamnya masih ada.

Hasil dari ujian, Aisy disahkan mengalami Mycoplasma Pneumonia.

Mycoplasma ni adalah seperti bakteria lain yang kecil je saiz nya. Bezanya, mycoplasma ni tak ada dinding sel. Antibiotic ni membunuh bakteria dengan cara melemahkan dinding sel. Tapi oleh kerana mycoplasma ni tak ada dinding sel tu, maka tak semua antibiotic berkesan untuk membunuhnya.

Mycoplasma Pneumonia boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru. Ia juga dikenali sebagai “walking pneumonia”. Bakteria ini begitu senang menjangkit.

3 hari Aisy dimasukkan ke wad. Aisy diberi antibiotic yang lebih kuat melalui suntikan.

Pulang dari wad, Aisy masih selsema. Lantas, kami dirujuk ke pakar ENT. Sekali lagi, perlu ambil x-ray di bahagian hidungnya. Dari x-ray tersebut, didapati, adenoid Aisy membengkak, dan ini menyukarkan Aisy untuk bernafas, hidung tersumbat. Ada beberapa jenis ubat doktor berikan untuk Aisy. Selama hampir sebulan Aisy makan ubat, disamping Omega Guard. Doktor sarankan Aisy buat pembedahan tapi not urgent, tapi kami merasakan Aisy masih kecil untuk melalui prosedur itu. Jadi, kami menolak dahulu.

Alhamdulillah, Aisy bertambah sihat dan tidak mengalami selsema.

Namun setahun kemudian (2018), Aisy dimasukkan sekali lagi ke wad. Kali ni disebabkan oleh influenza B dan ada juga Mycoplasma Pneumonia. Selama 4 hari Aisy di dalam wad. Bila dah discharge, next follow up, Aisy disuntik dengan vaksin influenza.

Balik dari itu, Shima nekad. tahun depan, Aisy tidak akan masuk wad lagi. Jadi, Shima belikan Aisy Chewable-C Plus pula. Setiap hari paksa Aisy makan. Mulanya Aisy tak nak hisap, sebab agak masam. Shima ajar dia untuk gigit sikit dan kunyah. Alhamdulillah, Aisy boleh terima dan consistent makan setiap hari. Neneknya pun selalu ingatkan Aisy untuk makan Chewable-C Plus. Kadang tu suruh dia kunyah Omega Guard juga (ni favorite Aisy).

Pernah beberapa kali Aisy demam, tapi Alhamdulillah, Aisy cepat sangat recover. Bila Aisy demam, saya suruh Aisy makan 2,3 biji sehari. Supaya sistem antibodi Aisy dapat melawan jangkitan kuman tu.

Neneknya (Mak Shima) pun akui, sejak Aisy consistent makan Chewable-C Plus ni, Aisy cepat recover. 1-2 hari, lepas tu ok. Boleh ke Tadika macam biasa. Aisy pun sentiasa aktif.

Alhamdulillah, syukur sangat.

Asbab Chewable-C Plus dan Omega Guard, Aisy bertambah sihat dan cepat recover dari demam, selsema, batuk. Mudahan Aisy membesar menjadi anak soleh, dan sihat walafiat, terhindar dari penyakit berbahaya. Aameen.

Doakan Aisy sentiasa sihat ya.

#supermomshakleestory
#ht3s8


Di sini Sue nak kongsi kan Set Sihat untuk anak-anak

Kita sebagai ibubapa, nak sangat anak anak ni sihat kan. Siapa nak anak sakit, nanti banyak pula masalah dan kekangan bila anak anak kita sakit. 

Sebolehnya cegah la dari awal dengan membekalkan mereka dengan sumber suplemen yang terbaik



Menurut Dr Norman Norawi di dalam coretan Facebook beliau, 

VITAMIN C BOLEH MENCEGAH PENYAKIT?? 

Terdapat kajian terbaru yang sangat menarik dan di luar kefahaman kita selama ini. Saya selalu di tanya samada benarkah vitamin C ini menyebabkan penyakit buah pinggang oleh netizen. Tidak kurang juga yang mencemuh saya dengan memanggil saya sebagai ‘doktor karut’ dan ‘doktor penyebar dakyah palsu’. Saya sebenarnya sangat kesian dengan netizen jenis yang ‘taksub’ dan cepat menghukum tanpa merujuk kepada rujukan yang saya sertakan dalam penulisan saya. Saya memahami tahap pemikiran golongan yang mudah melabel seperti ini kerana mereka terlalu taksub dengan sesetengah doktor yang juga kurang memahami ilmu perubatan nutrisi (Nutritional Medicine). 

Berfikiran terbuka dan bersikaplah menghormati ilmu kerana bukan seorang-dua sahaja yang berilmu dalam dunia ini. Terdapat terlalu banyak kajian sebenarnya yang membuktikan kelebihan vitamin C ini kepada kesihatan. Tidak mungkin seorang doktor mampu menguasai semua cabang ilmu perubatan terutama bidang yang tidak mereka belajar secara mendalam. 

Hormat menghormati itu adalah akhlak orang berilmu dan berhentilah melabel seseorang. Jika tidak yakin dengan ilmu yang disampaikan, maka rujuklah dengan rujukan yang di beri dan berikan hujah ilmiah anda pula, bukannya bertindak melabel orang dengan label dengan tujuan merendah-rendahkan rakan sejawat yang lain kerana ia akan memberikan reflek diri yang buruk kepada diri mereka sendiri sebenarnya. 

 
Akhirnya, terpulanglah kepada kepercayaan masing-masing samada kita yakin dengan kajian dan hujah-hujah yang di berikan. Kita sentiasa boleh bersetuju untuk berbeza pendapat tanpa kita perlu merendah-rendah orang lain yang percaya hujah ilmiah nya. Kita amat perlu berlapang dada dan bersikap professional sebenarnya.

VITAMIN C SEBAGAI ANTI OKSIDAN DALAM MELAWAN JANGKITAN KUMAN

Prof Dr Linus Pauling telah mendapati vitamin C adalah sangat kritikal untuk kesihatan dan bertindak sebagai anti oksidan dengan ia melindungi protin dan lemak daripada kerosakan radikal bebas yang berkaitan dengan jangkitan kuman, senaman dan stres yang akan merosakkan sel-sel tubuh kita . 

Kajian  menunjukkan vitamin C akan meningkatkan sistem imuniti tubuh kita dengan mengawal stres oksidatif dan meningkatkan jangka hayat sel-sel imun tubuh kita dan mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh akibat jangkitan kuman. Di sinilah kelebihan vitamin C dalam membantu tubuh kita melawan kesan jangkitan kuman seperti virus. 


Kerosakan akibat serangan radikal bebas ini berlaku dalam paru-paru pesakit yang di jangkiti virus Covid 19 ini yang menyebabkan keadaan yang dipanggil ‘ribut sitokin’ (cytokine storm) yang akan menyebabkan kesan kegagalan fungsi paru-paru di panggil ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome). Di sini lah kenapa didapati pesakit kritikal dan serius di ICU akibat jangkitan kuman Covid 19 pulih selepas di berikan vitamin C dalam dos yang tinggi. Kajian telah dijalankan oleh doktor-doktor dan penyelidik di China dan laporan kejayaan merawat pesakit Covid 19 ini sedang di buat dengan penggunaan dos sehingga 10,000mg ke 20,000mg sehari.



Hasil rawatan dengan vitamin C ini telah memberikan kesan positif dan inilah bukti yang tidak boleh disangkal lagi kelebihan menggunakan vitamin C dalam dos tinggi ini. Yang menariknya, tiada apa-apa kesan sampingan merbahaya berlaku kepada pesakit yang mengambil rawatan ini dan tiada laporan kerosakan organ seperti buah pinggang yang terjadi. 

Apa yang menariknya, kajian  menunjukkan paras vitamin C dalam darah dan sel-sel darah putih akan turun dengan sangat cepat semasa seseorang mengalami jangkitan kuman ini.  Oleh kerana itu, pengambilan suplemen vitamin C semasa mengalami jangkitan kuman adalah satu kaedah yang efektif untuk melawan jangkitan tersebut kerana ia membantu meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh kita. Kajian ini di laporkan dalam   jurnal perubatan The Journal of Cellular Biochemistry pada tahun 2004     

VITAMIN C MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN JANGKITAN KUMAN.           
                                     
Kajian  menunjukkan vitamin C bukan hanya mempercepatkan proses penyembuhan daripada jangkitan kuman, ia juga mencegah jangkitan kuman tersebut jika di amalkan sebelumnya secara konsisten. Kajian demi kajian menunjukkan kesan positif vitamin C mengurangkan tempoh masa jangkitan kuman dan ia juga meningkatkan ketahanan tubuh melawan jangkitan kuman tersebut iaitu jangkitan bakteria dan virus.   

Satu kajian  yang dijalankan kepada tentera dan keluarga mereka yang duduk di dalam kem askar mendapati kadar penyakit jangkitan paru-paru atau pneumonia adalah 80 ke 100% lebih rendah di kalangan  mereka yang mengambil vitamin C suplemen berbanding dengan mereka yang tidak mengambil suplemen vitamin C. 
 
VITAMIN C MENCEGAH JANGKITAN KUMAN (VIRUS & BAKTERIA)

Satu kajian  pemerhatian yang sama di dapati di kalangan kanak-kanak di negara membangun yang lebih berisiko mendapat penyakit berjangkit yang merbahaya. Dalam populasi yang berisiko tinggi ini, didapati kanak-kanak di berikan vitamin C 1000mg  dengan suplemen mineral zink mengurangkan risiko jangkitan paru-paru (pneumonia), malaria dan jangkitan cirit-birit. 


Tambahan lagi, pengambilan suplemen vitamin  C juga akan mempercepatkan kesembuhan jika telah terkena jangkitan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kanak-kanak yang mengambil suplemen vitamin C ini mempunyai kekebalan yang lebih baik daripada terkena jangkitan kuman ini.  Di sini jelaslah kepada kita kelebihan pengambilan suplemen vitamin C untuk mencegah jangkitan kuman seperti bakteria dan virus secara umumnya.   

Kajian  menunjukkan pengambilan vitamin C mempercepatkan kesembuhan seseorang yang mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) di kalangan orang-orang muda. Pelajar-pelajar yang mengambil  suplemen vitamin C 1000mg setiap 6 jam dan selepas itu 3 kali sehari menunjukkan pengurangan simptom demam, batuk dan selsema sehingga 85% berbanding dengan pesakit yang semata-mata mengambil ubat demam dan ubat selsema sahaja.    
   
Kelebihan ini bukan hanya kepada orang-orang muda, tetapi juga kepada golongan warga emas berdasarkan kajian  yang menunjukkan warga emas yang dimasukkan ke hospital kerana mendapat jangkitan kuman paru-paru (pneumonia) dan radang saluran pernafasan bronkus (bronkitis) menunjukkan pemulihan yang lebih cepat apabila diberikan suplemen vitamin C.   
 
Kajian  yang lain menunjukkan wanita yang diberikan rawatan kerana jangkitan faraj (vagina) akan sembuh dengan lebih cepat apabila di berikan vitamin C didalam farajnya dan didapati   berlakunya pengurangan jumlah bakteria didalamnya.  

Vitamin C juga sangat membantu melawan jangkitan kuman bakteria  sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh satu kajian  ke atas bakteria H. Pylori. Bakteria H.pylori ini telah di ketahui sebagai kuman yang menjangkiti perut seseorang yang mengakibatkan masalah radang gastrik, gastrik ulser dan boleh melarat menjadi kanser perut. Dalam satu kajian  epidemiologi didapati pengambilan vitamin C dan vitamin E berkait rapat dengan penurunan 90% risiko mendapat  kanser perut.  
Kajian lain menambahkan lagi bukti yang menyokong    bahawa jangkitan kuman H.pylori adalah faktor risiko utama untuk mendapat kanser perut yang sangat berkaitan dengan  pengambilan vitamin C yang rendah berbanding dengan seseorang yang mengambil vitamin C dengan lebih tinggi. Teori yang di utarakan oleh saintis bahawa vitamin C mencegah kanser perut dengan melawan pembiakan kuman H.pylori dalam perut dan juga mencegah pelbagai komplikasi gastrointestinal yang lain . 

Kajian yang lain juga menunjukkan vitamin C mungkin mempunyai kelebihan dalam melawan jangkitan virus HIV.        Dalam satu kajian  di makmal, paras vitamin C yang tinggi didapati bersifat toksik kepada sel-sel yang telah dijangkiti oleh kuman virus HIV, dan ini menyebabkan kemusnahan sel-sel ini dan menyelamatkan sel-sel imun yang tidak dijangkiti.    Dalam satu lagi kajian  di makmal yang mengkaji sel-sel imuniti manusia , didapati vitamin C membantu menghalang pembiakan virus HIV.   Dalam kajian  yang lain pula menunjukkan, pesakit yang telah dijangkiti virus HIV yang mempunyai masalah sistem imuniti yang rendah di berikan suplemen dos tinggi vitamin C dan anti oksidan N asetil sistin (N-Acetyl Cysteine; NAC) menunjukkan peningkatan fungsi imuniti tubuh mereka.        
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Vitamin C juga amat baik untuk melawan jangkitan virus herpes simplex. Jangkitan herpes ini adalah jangkitan yang melibatkan kawasan kulit di sekitar mulut, kemaluan dan membran mukosa. Kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan Alternative Medicine Review : A Journal of Clinical Therapeutics pada tahun 2006 telah menunjukkan pengambilan rawatan secara nutrisi iaitu vitamin C akan membantu mempercepatkan pemulihan jangkitan herpes dan mencegah jangkitan semula. Disini jelas bukti tentang kelebihan vitamin C melawan masalah penyakit akibat jangkitan virus. 

VITAMIN C DAN BUAH PINGGANG

Satu kajian menunjukkan pengambilan vitamin C akan membantu mengelakkan kerosakan buah pinggang. Masalah kerosakan buah pinggang selalu berlaku secara senyap-senyap dan tidak diketahui oleh pesakit. Selalunya mereka hanya mula menyedari kerosakan buah pinggang selepas ia telah menjadi teruk dan tidak boleh pulih semula. Kajian oleh saintis menunjukkan vitamin C boleh mencegah kerosakan buah pinggang yang berkaitan dengan kerosakan kepada saluran darah (glomerulosclerosis) kepada organ buah pinggang yang selalunya berlaku dikalangan pesakit diabetes.

Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Medical Hypothesis pada tahun 2006 yang mengkaji nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, pyridoxamine, arginine dan asid folik yang boleh membantu mengawal masalah glomerulosclerosis ini. Hakikatnya 80% kerosakan ginjal sekarang berlaku kerana penyakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik iaitu komplikasi penyakit diabetes yang dipanggil sebagai Diabetic Nephropathy. 

Mengawal dan memulihkan diabetes di peringkat awal penyakit ini adalah kunci utama untuk mengelakkan komplikasi penyakit buah pinggang ini. Ia boleh dimulakan dengan berhenti mengambil gula dan makanan proses secara berlebihan dan mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak sihat dalam pemakanan.

VITAMIN C DAN KANSER SURVIVAL

Kajian yang di terbitkan dalam jurnal perubatan The Canadian Medical Association Journal (CMAJ) pada tahun 2006 menunjukkan vitamin C dos tinggi boleh membantu meningkatkan kadar boleh hidup (survival) seseorang pesakit kanser. Pesakit kanser yang telah menjalani semua rawatan kanser (surgeri, kimoterapi dan radioterapi) yang diberikan di hospital tetapi penyakit mereka semakin teruk dan melarat sehingga mereka ini di labelkan sebagai pesakit terminal atau paliatif. 

Kajian menunjukkan pesakit yang telah sampai ke tahap terminal paliatif ini mempunyai kadar hayat yang lebih lama apabila diberikan vitamin C dengan dos tinggi sehingga 18,000mg sehari secara oral atau suntikan intravenous (IV). 

Kajian yang lebih mendalam dan lebih lama di perlukan untuk menjadikan ia sebagai satu rawatan standard. Tetapi sesuatu yang boleh kita simpulkan bahawa pesakit kanser yang telah di tahap akhir ini dan diberikan vitamin C dalam dos yang tinggi juga tidak dilaporkan menghadapi masalah kerosakan buah pinggang dan tidak juga mengalami komplikasi merbahaya semasa menajalani rawatan dengan vitamin C ini malahan kualiti hidup mereka bertambah baik. 

VITAMIN C DAN KEKUATAN TULANG

Vitamin C juga penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang. Kajian menunjukkan vitamin C akan meningkatkan ketumpatan tulang. Saintis telah menemui kaitan di antara peningkatan pengambilan vitamin C dalam pemakanan seperti makan buah-buahan dengan peningkatan ketumpatan tulang di kalangan orang dewasa muda dan warga emas. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 dengan kajian ‘cross sectional cohort’ . 
Kesimpulan kajian ini adalah selari dengan satu kajian awal yang di lakukan oleh saintis di Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Clinical Calcium tahun 2005 yang memberikan saranan untuk seseorang mengambil secukupnya vitamin C setiap hari untuk mencegah masalah reput  tulang atau osteoporosis  di usia tua.

Di sini jelaslah kelebihan vitamin C dalam pelbagai masalah kesihatan yang telah di laporkan dalam jurnal-jurnal perubatan. Kita boleh mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari untuk membantu kita mendapat kesihatan yang lebih baik dan membantu sistem imuniti kita untuk melawan jangkitan kuman yang melanda dalam masyarakat di seluruh dunia sekarang, Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MSc (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE



BAGAIMANA ANDA NAK MEMDAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?



Cara 1
Beli secara online di laman eSell (klik sini). Set Immune Booster Shaklee akan dihantar terus oleh pihak Shaklee (M) selepas pembayaran diterima.

Cara 2
Hubungi saya di talian 013-6192597 , untuk saya bantu anda buat pembelian, pendaftaran ahli untuk lebih penjimatan, dan pertanyaan lanjut. Jujurnya, saya lebih recommend cara no. 2 kerana lebih jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee.

CARA 3
Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya Usj anda boleh dapatkan produk ini secara COD. untuk Pertanyaan, Tempahan dan Temujanji

Call/ Whatsapp : 013-6192597
Email : sitisuhaidaismail@yahoo.com
FB : Siti Suhaida Ismail



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*





Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE