Tips Selepas Keguguran dan Cara terbaik untuk Berpantang

Tips Berpantang Selepas Keguguran



Anda begitu gembira apabila di sahkan hamil. Namun kandungan yang di kandung mengalami keguguran siaplah yang tak bersedih kan. Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan samada di awal atau di pertengahan kehamilan boleh jadi perkara yang amat menyedihkan dan pastinya sangat mengecewakan

 Hari ini saya ingin kongsikan Tips Berpantang Selepas Keguguran .



_Punca Keguguran

Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu.Keguguran biasanya dikaitkan dengan "masalah janin tak kuat" dan " rahim tak kuat". Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovum yang kurang berkualiti.

Manakala, rahim yang tak kuat disebabkan lapisan endometrium yang nipis dan tidak stabil, disebabkan hormon yang tak seimban

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang lagi penting untuk :-

1) Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat 
2) Ovum yang matang
3) Rahim yang kuat dan sihat

Jadi seandainya berlakunya keguguran bukanlah berpunca dari sebelah pihak sahaja.

Kenapa Mesti Berpantang?

Penting ke berpantang selepas keguguran ni? Ada pendapat mengatakan alah gugur aje bukan bersalin pun..Yang sebenarnya tak ramai yang menyedari atau ambil tahu betapa pentingnya penjagaan diri selepas mengalami keguguran. 

Malah, orang-orang tua berpendapat bahawa ianya sama penting atau lebih serius berbanding berpantang selepas melahirkan bayi. Keguguran tanpa penjagaan yang rapi akan menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca dari keracunan darah yang pada satu tahap boleh menyebabkan demam panas dan kancing gigi.

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran
Seandainya mengikut nasihat bidan-bidan dan petua orang lama, lebih lama berpantang tentulah lebih bagus. Jadi, mereka mengesyorkan cara berpantang keguguran adalah seperti orang bersalin, iaitu 44 hari. 

Namun begitu wanita-wanita adalah  bekerjaya di zaman ini, agak mustahil untuk berpantang seperti mana orang bersalin berpantang.Lebih-lebih lagi MC yang di keluarkan oleh pihak hospital hanyalah 2 minggu .

Jadi bagi wanita berkerja ambillah peluang ini untuk berpantang selama 2 minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti MC yang dikeluarkan oleh pihak hospital.

Tempoh berpantang selepas keguguran adalah bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut .

Kandungan 2 Minggu hingga 12 minggu - tempoh berpantang  30 hari

Kandungan 4 bulan hingga 5 bulan - tempoh berpantangnya 40 hari

Kandungan lebih dari 6 bulan - tempoh berpantangnya 44 hari

Tips Berpantang

Berpantang selepas gugur sama penting dengan berpantang bersalin . Segala pantang larang ketika berpantang haruslah di patuhi

Pemakanan...

Ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

Penjagaan Rahim

Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran perlu di ambil kira. Selalunya, jika keguguran berlaku pada awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi. Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation & Curettage).

Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan demam panas atau jangkitan di bahagian peranakan.

Hamil Semula

Jika anda merancang untuk hamil semula selepas keguguran tiada masalah.Doktor menasihatkan supaya tidak hamil dalam 3bulan pertama selepas keguguran.

Berbengkung

Di samping berbengkung , anda  juga boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh. Pastikan anda memakai stokin dan baju lengan panjang pada setiap masa.

Aktiviti Harian

Hadkan atau kurangkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

Hadkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.



[PENGALAMAN BERPANTANG (SELEPAS DISAHKAN KEGUGURAN) DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE]

Saya Olivia daripada Beaufort Sabah.saya mula mengenali vitamin Shaklee pada tahun 2012 dan terus jatuh cinta dengan nya.Sejak 2012 hingga sekarang sangat banyak vitamin Shaklee bermanfaat dengan saya dan keluarga.

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya Menghadapi saat saat kesedihan apabila keguguran pada tahun 2018. Walaupun ianya telah 2 tahun berlalu tetapi peristiwa tu tetap segar dalam ingatan saya.
.
Saya keguguran semasa kandungan saya berusia 7 minggu. Pergi klinik swasta scan bertujuan untuk buka buku klinik. Tapi hasil scan Doktor bagitahu janin tinggal kantung dan tiada denyutan jantung membuat hati kami suami isteri luluh. Doktor bagi tempoh 2 minggu lagi untuk kepastian.
.

Selepas 2 minggu doktor sahkan memang janin tak berkembang dan stain pun dah keluar.Ingatkan saya cukup kuat untuk hadapi itu,setelah dimaklumkan 2 minggu yang lalu. Namun saya meraung juga setelah doktor berikan surat ke hospital untuk D&C.
.

Petang tu juga saya membawa pakaian ke hospital menyerah diri. Tetapi doktor di hospital bagi lagi tempoh 2 minggu untuk biar janin tu gugur sendiri. Saya masih bekerja seperti biasa selama 3 hari baru lah janin tu gugur sendiri,pada subuh hari ke empat.
.

Selama tempoh itu lah saya menghadapi pelbagai teori penyebab dan cadangan daripada orang sekeliling saya dari yang logik dan tak logik hingga saya jadi stress. Bila balik rumah pandang keluarga rasa sedih hingga saya berkurung dan menangis.
.

Tiga hari selepas janin tu dah keluar bersih sang suami bawalah keluar di supermarket untuk beli barang dapur dan hiburkan hati saya yang masih bersedih. Rupanya disebabkan itu saya demam subuh keesokan harinya. Nasib lah mummy tinggal dengan kami, tak lah panik sangat. Lagipun semua akar2 kayu untuk berpantang tradisional dan set berpantang Shaklee dah sedia di rumah.
.

Sang suami lihat demam saya dah ok, tanpa buang masa dia bawa saya ke Pusat Retret Bundu Tuhan. Pada masa tu diadakan Retret after Kem Priskat dan semua alumi peserta berserta para isteri berkumpul. Di sana saya didoakan dan jiwa saya di segarkan secara kerohanian.Selepas sesi itu saya rasa lebih sihat dan ceria. Sangat indah pada waktunya.
.

Sepanjang tempoh berpantang itu saya amalkan berpantang secara tradisional dan set berpantang Shaklee. Set berpantang Shaklee yang saya amalkan terdiri daripada B compleks,Vitalea Iron Formula,Sustained Release Vitamin C,Esp dan saya tambah Vivix.
.

Semasa saya keguguran tu vitamin Shaklee yang banyak membantu saya adalah Vivix untuk mempercepatkan proses janin tu gugur dan luka pun cepat sembuh. Vitamin B compleks membantu saya untuk mengawal perasaan.bahaya tau jika berlarutan boleh menyebabkan kemurungan pula. Sokongan daripada keluarga sangat membantu saya waktu itu.

Selepas keguguran setahun saya amalkan set kesuburan dan sekarang saya teruskan pula set kehamilan. Syukur puji Tuhan masih berikan saya peluang untuk mengandung dan bakal melahirkan baby pada April 2020. Doakan saya kuat dan semua urusan kelahiran berjalan lancar. Sekian daripada saya.




#SupermomShakleeStory

Nak dapatkam set berpantang Shaklee + vivix shaklee, segera hubungi Su


Suhaida
Shaklee Independent 
013-6192597 

Klik wasap link  si bawah

Jika berminat 
 

Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE