Stress Antara punca Sukar Hamil

 

Cara Merawat Stress Supaya Di Jauhi Daripada Penyakit Kronik.



SETIAP manusia akan mengalami perasaan sedih, kecewa, bimbang, takut, stress dan berbagai penyakit jiwa yang boleh mendatangkan penyakit fizikal.


Manusia memiliki berbagai jenis penyakit, kita dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (strok). 


Stress juga jadi punca sukar hamil dan mudah gugur. 


Terdapat 11 amalan dan cara-cara tangani stress;


1. TAWAKAL KEPADA ALLAH


Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar saya terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya bertawakal kepada Allah SWT sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT.


Firman Allah SWT


وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ


“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”. 

(Surah Ath-Thalaq (65) ayat 3)


2. REDHA


Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah SWT ke atas keimanan saya. Kita datang dari Allah SWT dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah SWT.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila sesuatu musibah menimpa engkau, maka janganlah engkau berkata, "Kalau (tadinya) aku berbuat begitu tentulah jadinya akan begini." Namun katakanlah, "Allah mentakdirkan yang demikian dan apa-apa yang dikehendaki-Nya, Dia perbuat." Ucapan 'kalau-kalau' itu hanya membukakan peranan syaitan."

(Hadis Riwayat Muslim).


3. SABAR


Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya.


Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya yang saya terima.


Daripada Shuhaib r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(Hadith Riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)


4. TAHAN MARAH


Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghempit, bunyikan hon dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. 


Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan keluarga dan di tempat kerja. Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Sebaik- baiknya ambil wuduk, tapi alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

 

الحَدِيْثُ السَّادِسُ عَشَرَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَبْ

رَوَاهُ البُخَارِي


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, seorang lelaki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah aku wasiat.” Baginda menjawab, “Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulang-ulang permintaannya, (namun) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (selalu) menjawab, “Janganlah engkau marah.” 

(HR. Bukhari, no. 6116)


5. PEMAAF


Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal yang diutamakan.” 

(Surah as-Syuraa, ayat 43).


6. TIDAK DENDAM


Walaupun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.


Allah SWT berfirman:


خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ


"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebajikan serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. 

(Surah al-A’râf (7) ayat 199)


7. MAKAN UBAT PENAWAR


Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress. 


Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan.


8. SENAMAN


Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang menenangkan.


9. BERZIKIR DAN BERSELAWAT


Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat dan baca doa perlindungan secara berulang-ulang.


Kesannya memang merehatkan dan tenang fikiran.


Firman Allah SWT yang bermaksud :


"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."

(Surah al-Ra`d ayat 28)


10. TARIK NAFAS


Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.


11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA


Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan jenama pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. 


Saya pentingkan kerohanian dari rupa bentuk luaran.


Cuba amalkan panduan tersebut. InSyaaAllah, kita boleh kawal stress, terus awet muda dan dengan izin Allah SWT lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.


🥦Wassalam 🥦




"BETUL KE 70% WANITA SUKAR HAMIL KERANA PERIOD TIDAK TERATUR?


Punca haid tidak teratur:


👉Masalah kesihatan

👉Stress

👉Perubahan h0rmon

👉Pengambilan ubat-ubatan

👉Peningkatan berat badan

👉Kekurangan Nutrisi tertentu


Alhamdulillah ramai kastemer yang ingin ikhtiar hamil berjaya betulkan haid menjadi normal dan berjaya hamil dengan VIVIX SHAKLEE!


Macamana Vivix membantu pasangan TTC?




Bahan Vivix sangat kaya dengan anti oksidan.So ia dapat membaiki sel-sel badan yang rosak,melindungi rahim dan membetulkan masalah h0rmon.


Vivix juga dapat membantu tingkatkan kualiti sel Ovum dan Sperma,agar peluang hamil lebih tinggi.






Jom ikhtiar hamil dengan VIVIX 😊






Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE