Sembuh dari Kanser Serviks, Rahim Dah Tiada Jangkitan

Testimoni Kanser Serviks
Sembuh dari Kanser Serviks, Rahim Dah Tiada Jangkitan


APA ITU KANSER SERVIKS ATAU KANSER PANGKAL RAHIM?
 

Kanser serviks bermula dengan sel-sel pada permukaan servik. Ia berlaku apabila sel sel tersebut mula membesar dengan tidak terkawal hingga menyebabkan sel tersebut merebak ke tisu servik. Dari sinilah, sel sel abnormal tu akan mula merebak ke bahagian lain seperti faraj , rahim atau usus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 700 wanita di Malaysia maut akibat kanser serviks pada setiap tahun.

 



Punca Kanser Serviks
Punca sebenarnya juga agak masih menjadi misteri namun dari kajian saintis ,terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ).

Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dan kajian menunjukkan 99.7% daripada kes-kes kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18 sementara jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.

Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari.

Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan.

Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi tempoh 18 bulan.

Diatas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan bagi mengesan sel luarbiasa yang dikenali sebagai ‘dysplasia’ sebelum sel kanser servik mula membentuk dan mulai dikesan.

Realitinya pada masa dan saat ini hanya ujian pap smear mampu mengesan sel luarbiasa ini dan keputusan rawatan juga akan bergantung kepada jenis sel kanser yang berjaya dikesan.

Lazimnya kanser servik mengambil masa yang agak lama untuk membentuk dari bermula jangkitan sehingga menjadi prakanser adalah dianggarkan melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks akan mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.

 

Cara HPV Berjangkit
Cara virus HPV berjangkit terutamanya adalah melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital.

 

Antara tanda dan gejala awal Kanser Servik yang perlu diawasi adalah seperti berikut:
1. Apabila mengalami perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
2. Berlaku perdarahan yang banyak dan yang berpanjangan
3. Berlaku perdarahan di antara 2 haid
4. Terdapat kehadiran darah beku
5. Mengalami perdarahan selepas hubungan seksual
6. Sakit semasa melakukan hubungan seksual
7. Perdarahan dari vagina selepas putus haid
8. Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
9. Berbau atau bercampur darah
10. Vaksin Gardasil dan Cervarix
Berita baiknya ialah sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV.

Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia.

Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.

Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.

Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut.

Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.

Namun, seperkara yang perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear masih perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Antara kaedah /saranan pencegahan Kanser Servik
Pada hakikatnya, hanya dengan mengamalkan cara hidup yang sihat sebagaimana yang dituntut didalam Islam mungkin dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti kanser serviks

Berikut adalah antara beberapa kaedah /saranan yang boleh diamalkan sebagai agen pencegahan kanser serviks;

1. Menambahkan ilmu pengetahuan tentang prakanser dan kanser serviks
2. Menjalani ujian saringan pap smear
3. Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman dan pemakanan seimbang.
4. Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh membantu
mencegah kanser.
5. Mengelakkan daripada tabiat merokok.
6. Mengamalkan hubungan seks yang sah dan sihat.
7. Jauhkan dari melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan Kaedah pelalian dengan pengambilan vaksin HPV

Perkara asas kepada pencegahan adalah menjauhi amalan-amalan yang tidak sihat dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan agama kerana  didalam Islam pencegahan lebih diutamakan dari perawatan.

Kita dituntut untuk berusaha melengkapkan diri dengan ilmu supaya mudah meresap tekanan yang bakal datang bersama simptom-simptom yang agak mengelirukan tentang kanser servik.

Namun kita juga dituntut untuk berusaha mengesan kehadiran mikro organisma yang ‘tidak diundang’ ini dari dalam tubuh.

Mahu tidak mahu,suka tidak suka kita cuma ada satu pilihan sahaja untuk mengetahuinya iaitu dengan menjalani ujian PAP SMEAR.

 

Jom ikuti  1 Perkongsian dari keluarga kepada salah seorang pesakit Kanser Servik sembuh dengan amalkan Suplemen Shaklee.
 

Alhamdulillah, Akhirnya Along Bebas Dari Kanser Servik ikhtiar dengan VIVIX cara yang betul.
————————————————————————–

Alhamdulillah, Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Along.

6 bulan Along memendam rasa yang tak mungkin sapa pun boleh faham,

Sejak 1st day Along dapat result sahkan Along positive kanser servic,

Bermacam tanggapan dan andaian berlegar dalam otak ni,

Macam mana cukup ke amalan aku,
Macam mana anak-anak aku,
Macam mana suami aku,
Macam mana hutang-hutang aku,

Semua menyesakkan otak dan dada,
Semua orang keep bagi semangat,
Fikir positive,

Pak Long hampa rilex ja,
” Untung la sayang Allah dah bagi tanda supaya sayang boleh sentiasa bersedia dari sekarang, tak de mati terkejut tanpa sebab” ayat motivasi sungguhkan dia bagi ???

Tapi apa pun Along percaya ada hikmah atas apa yang terjadi.

Setelah 6 bulan semalam Along kena menghadap doctor pakar O&G di klinik pakar Hospital Shah Alam untuk procedure ” Calposcopy” untuk kali ke 2.

Memang ngeri la Along sampai je klinik terus masuk tandas melebur,
Peel Along turun dari mak kalau ada masalah atau susah hati memang perut automatik memulas,



 

Nurse bagi 2 biji ubat tahan sakit,
terus kena masuk bilik procedure,

Allah, rasa macam nak beranak tengok la segala equipment dalam ni,

Nak nagis je rasa sebab takut sangat,
kena salin pakai pakaian disediakan,
baring atas katil yang khas ,

Procedure Calposcopy adalah procedure dimana rahim kita dibuka dengan mulut itik dari besi dan dimasukkan camera untuk bahagian yang dijangkiti virus, bila dah jumpa akan disembur sejenis cecair berwarna untuk yang mana cecair ini akan bertindak balas dengan kawasan jangkitan, doctor akan ambik sedikit. sample kawasan tersebut dan diambil dengan cara ketip macam ketip kuku tu ? sakit la cuba hampa ketip isi hampa sakit dak?

Semalam 3 orang doctor hadir masa procedure Along semalam,
Semua doctor terkejut dan asyik tersenyum je,
“Puan rahim puan cantik, tiada infection dah Alhamdulillah”

Ya Allah, nak nagis Along dengar komen-komen doctor semalam,
Hasil doa dari semua Along disahkan BEBAS DARI KANSER SERVIC.

Doctor asyik tanya Puan macam mana puan boleh dapat detect kanser servic diperingkat awal ye, sebab kanser servic ni kanser diam, means dan stage akhir baru dapat detect biasanya sebab kanser ni tak sakit.

” Saya sakit doctor, hampir tak dapat nak berjalan, rahim saya membengkak sebelah sebab tu saya datang jugak cek pada pakar dan alhamdulillah dapat detect awal.”?

Alhamdulillah berkat usaha dan istiqomah amalkan vivix, vit c dan alfafa mengikut cara yang betul diajar dalam Team SuperStarz akhirnya dapat hasil yang positive semalam,
Jangkitan Virus yang menyebabkan KANSER SERVIC Along hilang dan bonusnya Rahim Along look sihat sangat ini bukan Along cakap tau Doctor Pakar sendiri yang komen.

Seronok Doctor-Doctor semalam seolah Along ni saudara mereka yang mendapat perkhabaran baik,

Begitula komited mereka dalam menjalankan tugas mereka,
Mereka berkongsi rasa suka dan duka dengan pesakit,

Mereka begitu menjaga tonasi suara dan ekpresi wajah dan lenggok badan mereka.

Ya Allah, Along berjanji akan bantu lebih ramai wanita yang mempunyai masalah rahim diluar sana,

Along taknak hampa semua lalui apa yang Along dah lalui,

Along taknak hampa terpaksa berbaring atas katil ini dan melalui procedure yang telah Along lalui ini,

Along taknak hampa tertekan dengan perasaan yang Along tanggung selama 6 bulan lepas,

Along taknak hampa dengar suara anak-anak bertanya “Mama, sakit mama ni boleh bagi mama mati ke, habis nanti kami nak duduk dengan sapa? kami nak peluk sapa? kami dah boleh masak sendiri tapi tak sedap macam mama masak”

Hampa boleh bayang tak apa perasaan anak-anak masa tu? ???

Ni Along tak sampaikan lagi berita gembira ni pada anak-anak kami,
Insyaallah Jumaat ni buat majlis kesyukuran kecil sambut birthday anak yang 6 tahun sekali nanti boleh sampaikan pada mereka??

Marilah Kita sama-sama menjaga diri kita untuk diri kita dan keluarga tercinta.

Boleh wasap su untuk tahu lebih lanjut 
.Anak ibusihat

Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE