GELAJA DAN PUNCA GOUT DAN SAKIT SENDI

Tulang dan Sendi: 
Apa yang perlu anda ketahui
Sakit tulang dan sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan berpunca daripada pelbagai sumber, bergantung kepada individu dan aktiviti yang dilakukannya. Sesetengah kumpulan umur lebih mudah terdedah kepada keadaan tertentu. 

Golongan remaja lebih mudah cedera kerana mereka lebih aktif dan tulang yang masih lembut. Bagi golongan pertengahan umur dan warga tua, tulang degeneratif dan keadaan sendi adalah lebih biasa. Tulang hilang kekuatan, sama ada disebabkan haus atau melalui kehilangan nutrien yang menyokong kesihatan tulang. 

Penyakit lain seperti gout, jangkitan kaki diabetes adalah penyebab biasa. Bagi warga tua, penglihatan yang lemah, kemerosotan kekuatan otot dan penyelarasannya juga merupakan punca yang biasa terjadinya kecerderaan.

Arthritis adalah keradangan pada sendi yang terbahagi kepada dua kumpulan utama, Osteoarthritis dan keradangan Arthropathies, yang lebih dikenali sebagai gout, tetapi adakalanya terdapat pelbagai jenis yang berlainan.
Osteoarthritis
Apabila rawan di antara tulang dan sendi semakin menipis atau rosak, gerakan di sendi tersebut akan terhalang. Oleh yang demikian, sendi tisu tersebut akan terganggu, menyebabkan sakit dan bengkak. Gejala seperti kesakitan, bengkak dan hangat. Wanita lebih senang mengalami osteoarthritis, terutamanya selepas menopaus, akibat daripada terhentinya pengeluaran hormone estrogen.

Rawatan: Ubat-ubatan, suntikan steroid dan pembedahan. Kesemua rawatan ini hanyalah untuk mengurangkan kesakitan dan menyelenggarakan fungsi di anggota yang terjejas.

Gout
Gout merupakan arthritis yang menyebabkan kemerahan, panas dan bengkak pada sendi. Tahap asid urik yang tinggi di dalam darah akan mula membentuk deposit di sendi. Biasanya, asik urik dapat disingkirkan oleh badan secara semula jadi. Namun, bagi pesakit gout, tahap asid urik akan semakin meningkat. Asid urik yang berlebihan ini boleh datang daripada pengambilan yang meningkat daripada makanan yang kaya dengan purin atau pengurangan perkumuhan asid urik akibat daripada kegagalan buah pinggang.

Gejala-gejalanya termasuk sendi bengkak yang mana menjadi merah, tender dan panas selama beberapa jam. Sendi yang paling terjejas adalah sendi di bahagian tapak ibu jari kaki, sendi lain yang juga boleh dijangkiti adalah lutut, buku lali, kaki, tangan dan sendi pergelangan tangan.

Gout boleh juga berpunca daripada pengambilan makan berlebihan, meningkatkan pengeluaran urik asid, pengambilan alkohol yang berlebihan, yang menganggu penghasilan urik asid daripada badan, makan yang tinggi kandungan purin, penggunaan ubatan tertentu, trauma, kecederaan dan faktor genetik. Diet dan pengurangan rawatan asid urik yang mendadak juga boleh mengakibatkan gout


Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE