JENIS- JENIS SAKIT SENDI

JENIS-JENIS SAKIT SENDI
Kebanyakan masalah adalah disebabkan osteoarthritis dan juga rheumatoid arthritis.

1. OSTEOARTHRITIS

Terdapat kusyen di hujung tulang yang dinamakan sebagai tisu rawan (cartilage). Dalam pesakit osteoarthritis kusyen yang berfungsi sebagai pelapik untuk melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan menipis. Ia berlaku sehingga mana tulang boleh bergesel diantara satu sama lain.

Perkara ini akan menyebabkan tisu dikawasan tersebut cedera dan menyebabkan kesakitan.

Sakit sendi jenis ini selalunya berlaku ketika kita meningkat usia. Tetapi ia juga boleh disebabkan kecederaan ligament yang menyebabkan sendi tersebut tidak stabil.

Jika anda berumur dan sakit sendi, selalunya anda mengalami sakit sendi jenis ini

 
2. RHEUMATOID ARTHRITIS

Adalah penyakit dimana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Dalam kes ini, sel pertahanan badan akan menyerang tisu dikawasan sendi itu dan menyebabkan keradangan berlaku.

Selalunya ia akan menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan juga lutut.

Ia boleh menyebabkan bengkak, sendi susah untuk digerakkan dan sakit ketika bergerak. Pesakit juga akan mengalami

Rasa letih selalu
Pesakit akan mengalami sakit sendi yang teruk ketika bangun tidur
Demam
Hilang berat badan
Keradangan di bahagian mata(konjunktivitis)

3. GOUT

Gout adalah salah satu penyebab sakit sendi yang sangat menyakitkan. Pengumpulan asid urik di bahagian sendi akan menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi tersebut.

Selalunya gout akan menyerang kawasan ibu jari kaki yang menyebabkan sendi itu bengkak, merah dan juga berasa panas
 
Ia juga boleh disebabkan beberapa keadaan lain seperti:

Ankylosing spondylitis: Dalam penyakit ini, sel pertahanan badan akan menyerang sendi dikawasan tulang belakang
Systemic Lupus Erythematosus: Dalam penyakit ini pula, sel pertahanan badan akan menyerang semua tisu dalam badan termasuk sendi

Psoriatic arthritis: Adalah penyakit yang berkaitan dengan masalah kulit iaitu psoriasis. Tetapi dalam psoriasis ia juga boleh menyerang kawasan sendi
Septic arthiris: Jangkitan kuman pada sendi


SUPLEMEN SAKIT SENDI


Comments

Popular posts from this blog

TIPS TULANG PATAH CEPAT SEMBUH DAN BERCANTUM SEMULA

CARA MERAWAT PENYAKIT KAYAP DENGAN CEPAT

10 TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG ANDA ROSAK, JUM CEGAH AWAL!

VITAMIN TERBAIK UNTUK WANITA BERUSIA 40AN

MAKANAN PALING SESUAI UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

Ujian Hebat Pesakit Anxiety Disorder dan Vitamin Shaklee ikhtiar beliau untuk Sembuh

JUM KURUS DENGAN CINCH SHAKLEE